Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487444
Title: Analisis mantik al-Ghazālī berdasarkan Miᶜyār al-ᶜilm fī fann al-mantiq
Authors: Yaman Towpek (P62558)
Supervisor: Kamarudin Salleh, Prof. Madya Dr.
Keywords: Mantik
Logic -- Early works to 1800
Issue Date: 23-Jan-2017
Description: Kajian ini merupakan analisis terhadap mantik Miᶜyār al-ᶜIlm fī Fann al-Manṭiq, karya al-Imām Ḥujjat al-Islām Abū Ḥāmid Muḥammad al-Ghazālī (450-505/ 1058-1111). Dalam kajian ini, mantik al-Ghazālī telah dipilih sebagai subjek kajian dan Miᶜyār sebagai fokus analisis kajian kerana kitab ini belum pernah dikaji secara spesifik, eksklusif dan komprehensif, walaupun penulisnya adalah pelopor ilmu mantik tulen Islam, manakala Miᶜyār pula merupakan korpus pertama al-Ghazālī dalam bidang mantik tulen Islam dan merupakan medium pengembangan perkaedahan dan aliran pemikiran mantik tulen Islam. Kajian ini secara umumnya dilaksanakan untuk menganalisis intipati mantik al-Ghazālī dalam Miᶜyār. Oleh itu, kajian ini secara spesifiknya dilakukan untuk meneliti latar belakang kajian tentang mantik al-Ghazālī, mengkaji sumbangan al-Ghazālī kepada ilmu mantik Islam, menganalisis keistimewaan penulisan mantik Miᶜyār, menganalisis kesignifikanan perbahasan mantik Miᶜyār, dan menganalisis nilai mantik Miᶜyār sebagai model kurikulum mantik Islam. Objektif kajian tersebut telah dicapai menggunakan metode analisis kandungan teks berdasarkan reka bentuk kajian kualitatif. Sehubungan dengan itu, proses pemerolehan dan pengumpulan data kajian ini bergantung kepada metode dokumentasi. Manakala penganalisisan datanya pula menggunakan metode induktif, metode deduktif, metode komparatif berterusan, dan metode persejarahan. Dari aspek teori mantik, kajian ini telah menemui lima perkara utama, iaitu kerangka pembentukan dan pengembangan teori mantik al-Ghazālī; kerangka teoretikal mantik tulen Islam; sumber rujukan penulisan Miᶜyār; pengembangan teori mantik Miᶜyār berasaskan dua tujuan penulisannya; dan pemeringkatan isi dan perincian intipati karya-karya mantik al-Ghazālī. Manakala dari aspek terminologi mantik, kajian ini mendapati al-Ghazālī masih mengekalkan penggunaan terminologi fiqah dalam Miᶜyār. Di samping itu, kajian ini telah mengembangkan makna dua terminologi yang sedia ada, iaitu "perakubenaran" dan "rangkap"; membuat pendefinisan baharu bagi tiga terminologi sedia ada, iaitu "subjek mantik", "predikat mantik", dan "daraban"; dan memperkenalkan empat terminologi baharu, iaitu "shakal", "mantikiawan", "tatafikir", dan "teknomantik".
Pages: 448
Call Number: B753.G33M539 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_99987+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.46 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.