Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487443
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Salmah Ahmad, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Khairul Anuar Abu Othman (P60375) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-11T08:04:57Z | - |
dc.date.available | 2023-10-11T08:04:57Z | - |
dc.date.issued | 2017-07-28 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:99982 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487443 | - |
dc.description | Kewujudan banyak ayat al-Quran berkaitan flora merupakan suatu isyarat terhadap fungsi dan kepentingannya dalam menyampaikan mesej al-Quran yang tersurat dan tersirat. Aspek sains menjadi tumpuan banyak kajian flora al-Quran, sama ada dalam bidang perubatan ataupun botani. Manakala kajian bahasa lebih tertumpu kepada aspek makna kosa kata berkaitan. Estetika penggambaran pemandangan flora al-Quran pula belum diketengahkan sebagai sebuah kajian khusus, walaupun ia telah dibincangkan secara umum, ringkas dan berulang-ulang dalam beberapa kajian taswir fanni al-Quran. Oleh sebab itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis estetika lafaz dan makna di sebalik pelukisan pemandangan flora al-Quran melalui dua fenomena taswir fanni iaitu tajsim dan takhyil. Kajian difokuskan kepada penelitian bentuk, makna dan kesan. Kajian analisis dokumen ini menggunakan kaedah kualitatif. Pendekatan kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data-data yang berkaitan. Data-data yang dikumpulkan dianalisis menggunakan pendekatan dilali, induktif dan komparatif. Hasil kajian takhyil dan tajsim ini mendapati bahawa pemandangan flora dalam al-Quran meliputi semua peringkat, bermula peringkat paling asas iaitu pemandangan sebutir biji benih sehingga peringkat terakhir iaitu flora mereput dan musnah. Kosa kata, frasa dan keragaman gaya bahasa al-Quran pula amat mempengaruhi kejelasan pemandangan-pemandangan tersebut dalam minda manusia serta dapat menzahirkan secara konkrit makna abstrak di sebaliknya. Kajian juga mendapati kebanyakan pemandangan tersebut berada dalam surah Makkiyyah, berkaitan aspek akidah dan ia mudah didapati di Timur Tengah. Kajian ini menyumbang kepada perkembangan dan pengukuhan teori taswir fanni al-Quran, selain dapat memperlihatkan fungsi pemandangan alam flora al-Quran terhadap pelbagai lapangan ilmu, khususnya ilmu akidah dan botani. Kajian ini memberi implikasi penting kepada pembaca dan pengkaji al-Quran untuk menghayati keunikan gaya bahasa al-Quran dalam membentangkan pelukisan alam semulajadi dan menyampaikan makna yang tersirat. Ia dapat meningkatkan keimanan terhadap kebenaran dan kemukjizatan al-Quran.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Alam flora | - |
dc.subject | Plants in the Qurʼan | - |
dc.title | Takhyil dan tajsim flora dalam taswir Fanni al-Quran al-Karim | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 258 | - |
dc.identifier.callno | BP134.P55K484 2017 tesis | - |
dc.identifier.barcode | 003335(2018) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_99982+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.12 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.