Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487433
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorWan Nasyrudin Wan Abdullah , Dr.-
dc.contributor.authorAhmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi (P69925)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:04:53Z-
dc.date.available2023-10-11T08:04:53Z-
dc.date.issued2016-08-23-
dc.identifier.otherukmvital:98846-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487433-
dc.descriptionLata'if Qur'aniyah adalah satu elemen penggunaan minda aras tinggi dalam aplikasi culum al-Qur'an yang dipopularkan oleh Imam al-Razi sebagai proses tadabbur al-Quran. Pendekatan tadabbur Imam al-Razi melalui lata'if ini memberikan ruang interaksi dengan al-Quran secara realitik dan praktikal. Namun kekurangan usaha menyaring lata'if ini sebagai satu formula interaksi dalam cUlum al-Qur'an menyebabkan ia tidak dapat dihayati secara optimum. Ini sekaligus menjadikan topiktopik yang terkandung dalam subjek cUlum al-Qur'an tidak bersifat semasa, seolah olah perbahasannya hanya 'dikitar semula' sahaja dalam silibus pengajian di segenap peringkat. Imam Fakhr al-Din al-Razi merupakan mufassir pertama yang mengetengahkan Lata'if Qur'aniyah secara nyata dan meluas melalui tafsir Mafatih al-Ghayb. Objektif kajian ini ialah mengkaji Lata'if Qur'aniyah yang ditonjolkan oleh Imam al-Razi dalam Mafatih al-Ghayb. Ia juga mengenal pasti latar belakang Imam al-Razi dalam membentuk kewibawaan beliau sehingga mampu mengetengahkan perbahasan Lata'if Qur'aniyah. Selain itu, kajian ini mengenal pasti uslub penulisan Imam al-Razi terhadap Lata'if Qur'aniyah serta mengklasifikasikannya berdasarkan tema yang sesuai. Rekabentuk kajian kualitatif ini ialah analisis dokumen dengan menjadikan Kitab Mafatih al-Ghayb sebagai subjek kajian. Lata'if sebagai objek kajian diamati menggunakan metode analisis deskriptif, deduktif, induktif dan tematik bagi mencapai objektif kajian seterusnya menghasilkan kesimpulan yang komprehensif. Hasil kajian mendapati bahawa Lata'if Qur'aniyah ini tidak mengetepikan prinsip cUlum al-Qur'an. Ia adalah keistimewaan terunggul bagi Imam al-Razi sebagai mufassir sekaligus layak untuk dijadikan faktor utama bagi mengangkat keunggulan Kitab Mafatih al-Ghayb. Bimbingan kerohanian sejak kecil serta penguasaan Imam al-Razi dalam segenap disiplin ilmu yang pelbagai dan meluas termasuklah Ilmu Mantik dan Falsafah Islam, tasawuf, bahasa dan budaya Arab secara bersepadu telah membentuk kewibawaan dan ketokohan beliau sebagai pelopor kepada aspek Lata'if untuk menzahirkan kemukjizatan al-Quran. Lata'if ini ditampilkan tanpa terikat dengan pola uslub yang tertentu. Ia diklasifikasikan kepada Lafzi dan Macnawi sebagai tema utama yang dipecahkan pula kepada tujuh sub tema. Inti pati dominan yang terkandung dalam keseluruhan Lata'if ini secara umumnya menjurus kepada memahami, menghayati dan merasai sifat al-Rahman Allah swt terhadap para hamba-Nya. Kajian ini memberi implikasi bahawa penyusunan ilmu Lata'if Qur'aniyah perlu dimuatkan sebagai salah satu subjek utama dalam pengajian Tafsir dan cUlum al-Qu'an supaya menjadikannya sentiasa relevan sesuai dengan sifat al-Quran itu sendiri. Selain itu, karya Imam al-Razi, Mafatih al-Ghayb harus dijadikan sebagai teras dalam penyusunan ilmu Lata'if Qur'aniyah ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isomay-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectQur'an -- Appreciation-
dc.titleKonsep lata'if menurut imam Fakhr al-Din al-Razi dalam Mafatih al-Ghayb-
dc.typeTheses-
dc.format.pages254-
dc.identifier.callnoBP130.7.A37 2017 tesis-
dc.identifier.barcode003197(2018)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98846+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
729.92 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.