Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487430
Title: | Kefahaman dan praktik ajaran Sikh dalam kalangan golongan Khalsa di Malaysia |
Authors: | Aman Daima Md. Zain (P60351) |
Supervisor: | Sarjit Singh, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Khalsa (Sect) |
Issue Date: | 19-Apr-2017 |
Description: | Khalsa merupakan satu golongan yang dianggap suci dalam agama Sikh yang terbentuk melalui upacara amrit sanskar. Sebagai Khalsa, mereka bertanggungjawab menjaga identiti Sikh dan mempraktikkan ajaran agama mereka dalam kehidupan seharian. Untuk menunaikan tanggungjawab ini, Khalsa berhadapan dengan cabaran dalaman dan luaran sebagaimana yang turut dihadapi oleh komuniti Sikh di Malaysia yang majoritinya adalah bukan Khalsa. Oleh yang demikian, objektif kajian ini adalah untuk mengkaji proses pembentukan identiti agama Sikh yang berkait rapat dengan konsep dan praktik golongan Khalsa. Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk menilai keselarasan di antara kefahaman Khalsa dan praktik mereka terhadap ajaran agama Sikh. Dalam kajian ini, pengkaji menggunakan pendekatan kualitatif yang menggunakan reka bentuk kajian kes. Pemilihan sampel bagi kajian ini dibuat dengan menggunakan persampelan snowball dan seramai tiga belas orang Khalsa terpilih sebagai responden. Manakala dalam kaedah pengumpulan data pula, kajian ini menggunakan tiga kaedah iaitu kaedah temu bual, dokumentasi dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati bahawa majoriti Khalsa mempunyai kefahaman yang baik mengenai ajaran agama Sikh dan jawapan yang diberikan adalah sama atau hampir sama di antara mereka kecuali dalam dua perkara. Pertama, mengenai larangan memakan daging halal dan keduanya ialah mengenai waktu sembahyang (Nam Japna). Sementara dalam aspek praktik pula, kajian mendapati bahawa majoriti Khalsa mempraktikkan ajaran Sikh dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun, terdapat dua praktik yang menjadi pertikaian di antara mereka iaitu larangan memakan daging halal dan peraturan memperbaharui amrit sanskar bagi 'patit' yang melanggar Char Kurahit. Implikasi kajian ini menjelaskan bahawa semua Khalsa merupakan orang Sikh tetapi tidak semua orang Sikh itu adalah Khalsa. Dengan ini, masyarakat dapat mengenali agama dan komuniti Sikh dengan lebih dekat lagi, seterusnya memupuk sifat kerjasama dan toleransi sesama mereka.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah" |
Pages: | 238 |
Call Number: | BL2018.7.K44A46 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
URI: | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487430 |
Appears in Collections: | Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98838+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 626.24 kB | Adobe PDF | ![]() View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.