Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487426
Title: Pengurusan zakat di institusi pengajian tinggi: kajian terhadap pelaksanaan agihan di beberapa universiti di Malaysia
Authors: Rosliza @ Rosli Mahmud (P63847)
Supervisor: Shofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
Keywords: Zakat -- Malaysia -- Management
Issue Date: 7-Jan-2017
Description: Lantikan institusi pengajian tinggi sebagai amil atau penolong amil zakat telah memberi kesan positif terhadap peningkatan dana pungutan zakat. Pendekatan ini juga membolehkan agihan zakat dilakukan secara terus kepada pelajar dengan mengambil kira keperluan sebenar asnaf dalam kalangan mereka. Namun demikian, kepelbagaian dalam struktur pengurusan dan pendekatan agihan yang diamalkan oleh universiti pada hari ini perlu dikaji secara lebih teliti. Ini kerana, ketidakseragaman yang wujud dalam struktur organisasi dan pendekatan agihan ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi keyakinan pihak Majlis Agama Islam Negeri dan masyarakat umum terhadap keupayaan badan zakat di institusi pengajian tinggi. Objektif kajian ini ialah untuk meninjau konsep pengurusan agihan zakat dan amalannya di badan zakat institusi pengajian tinggi. Kajian ini turut menilai tahap kepuasan hati asnaf dalam kalangan pelajar berkaitan pengurusan agihan zakat di institusi tersebut. Kajian ini juga akan mencadangkan satu kerangka model agihan zakat di institusi pengajian tinggi bagi rujukan pihak yang terlibat dalam pengurusan zakat. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif, data-data kualitatif diperkukuhkan lagi dengan metode kuantitatif melalui kaedah soal selidik yang dilakukan kepada pelajar yang pernah menerima zakat. Skop kajian ini tertumpu kepada pengurusan agihan zakat di lima buah universiti dengan justifikasi yang telah ditetapkan. Hasil kajian ini mendapati kepelbagaian struktur organisasi dan pendekatan agihan yang berlaku disebabkan dua faktor utama iaitu perbezaan ketetapan daripada Majlis Agama Islam Negeri dan kedudukan sruktur organisasi badan zakat di sesebuah universiti. Hasil kajian ini juga menunjukkan tahap kepuasan keseluruhan asnaf terhadap pengurusan agihan zakat adalah tinggi, dan tidak wujud perbezaan yang signifikan antara universiti bagi setiap faktor yang diuji kecuali dalam aspek kadar agihan zakat. Kajian ini juga mendapati secara keseluruhannya Pusat atau Unit Zakat institusi pengajian tinggi telah menerapkan prinsip urus tadbir yang terbaik dalam pengurusannya kecuali dalam beberapa aspek yang perlu ditambah baik secara berterusan. Selain daripada penemuan positif hasil daripada proses penurunan kuasa daripada Majlis Agama Islam Negeri kepada universiti dalam urusan kutipan dan agihan zakat, kajian ini juga turut menemui beberapa kelemahan dalam pengurusan zakat di universiti, antaranya ialah berlaku ketidakpatuhan kepada ketetapan yang telah dibuat oleh Majlis Agama Islam Negeri. Penemuan sama ada yang bersifat positif atau negatif melalui kajian ini telah dijadikan landasan dalam mengemukakan satu cadangan kerangka model agihan zakat di institusi pengajian tinggi di negara ini.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 263
Call Number: BP180.R647 2017 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98828+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.01 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.