Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487424
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorShofian Ahmad, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorZulkarnain Muhammad Ali (P55648)
dc.date.accessioned2023-10-11T08:04:50Z-
dc.date.available2023-10-11T08:04:50Z-
dc.date.issued2017-08-22
dc.identifier.otherukmvital:98825
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487424-
dc.descriptionIndonesia merupakan negara yang sangat besar, memiliki sumber daya yang amat melimpah, di antaranya kekayaan alam dan kekayaan penduduk yang mencecah 280 juta jiwa. BPS (2016) telah merekodkan bahawa penduduk muslim berjumlah 86% di Indonesia, tetapi pemerintah belum sepenuhnya memberikan perhatian serius terhadap mereka sebagai penduduk majoriti. Pemerintah Indonesia telah menunjukkan political will dengan membuat Undang-Undang Zakat No.23/2011 tetapi perundangan tersebut belum mampu mengatasi permasalahan zakat di Indonesia, dibuktikan oleh rendahnya kutipan zakat, lemahnya perundangan serta tadbir urus zakat di Indonesia. Objektif kajian adalah mengenal pasti pihak yang bertanggung jawab dalam melaksanakan pengurusan zakat di suatu negara berdasarkan syariat Islam, dan mengkaji kedudukan pemerintah Indonesia dalam pengurusan zakat secara nasional berdasarkan syariat Islam. Disamping itu kajian ini juga bertujuan menganalisis pemantapan perundangan zakat dan pemantapan tadbir urus zakat di Indonesia, serta mencadangkan penambahbaikan kepada tadbir urus sedia ada. Kajian ini berbentuk kualitatif dengan teknik pengumpulan analisis dokumen dan temu bual selanjutnya dianalisis secara deskriptif bagi mendapatkan keputusan dan hasil kajian. Hasil kajian mendapati bahawa pihak yang bertanggung jawab dalam kepengurusan zakat menurut syariat Islam adalah pemerintah Islam, manakala pemerintah Indonesia boleh menguruskan zakat dengan syarat tidak melakukan kezaliman terhadap Islam dan adil dalam pengurusan zakatnya. Sementara itu, perundangan zakat di Indonesia sebagaimana yang telah dimaktubkan dalam UU adalah berasaskan syariat Islam namun dalam pelaksanaannya belum bersesuaian dengan syariat Islam, di antaranya pemerintah tidak menyatakan kewajiban bagi rakyatnya yang sudah memenuhi syarat untuk berzakat dan tidak pula menyatakan sebarang tindakan atau hukuman akan diberlakukan sekiranya mereka enggan berzakat, dengan kata lain perundangan yang ada hanya berupa anjuran sahaja. Selain itu pemerintah juga tidak memberikan hak dan kuasa kepada amil untuk menghitung dan mengambil harta zakat serta tidak memberikan insentif rebat cukai kepada rakyatnya yang telah membayar zakat. Seterusnya dalam tadbir urus zakat, masih terjadi dualisme pentabdiran zakat yang dilakukan oleh BAZNAS, terdapat ketidakadilan dan ketidakselarasan antara lembaga zakat. Hasil kajian tersebut memberi implikasi diperlukan penubuhan Badan Zakat Indonesia (BZI) sebagai pihak yang merancang, mengatur, menyelaras dan mengawasi lembaga-lembaga zakat dan boleh menjadi solusi bagi penegakkan keadilan antara lembaga zakat di Indonesia.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam
dc.rightsUKM
dc.subjectZakat -- Indonesia -- Management
dc.titlePemantapan perundangan dan pentadbiran zakat di Indonesia
dc.typeTheses
dc.format.pages238
dc.identifier.callnoBP180.Z837 2017 tesis
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_98825+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
510.86 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.