Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487421
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAbdull Rahman Mahmood, Dr.-
dc.contributor.authorAhmed Mahmoud Abdelfatah Qaderi (P53451)-
dc.date.accessioned2023-10-11T08:04:49Z-
dc.date.available2023-10-11T08:04:49Z-
dc.date.issued2016-03-05-
dc.identifier.otherukmvital:84906-
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487421-
dc.descriptionSesunnguhnya Kitab Al-Amad Al-Aqsa fi Sahrh Asma' Al-Husna karangan Al-Qadi Abi Bakr Ibn al-Arabi antara kitab yang terbesar yang menghimpunkan nama-nama Allah yang terdapat dalam al-Quran dan sunnah. Beliau menjadikan perbincangan setiap nama Allah dalam empat kategori iaitu sumber dan dalilnya, huraian dari sudut bahasa, kedudukanya dalam persoalan akidah dan kedudukan nama pada Allah dan maksudnya disisi manusia. Menurut pembacaan pengkaji bahawa belum pernah dilakukan pendekatan seperti ini oleh mana-mana penulis sama ada yang terdahulu atau semasa. Persoalan nama-nama Allah adalah asas dalam akidah Islam. Ia perlu dihurai secara jelas dan kemas berdasarkan dalil-dalil yang sahih. Oleh itu usaha mentahkik kitab ini akan mencapai objektif tersebut. Kitab ini merangkumi banyak maklumat yang bernilai dan pandangan ulama yang terdahulu, begitu juga petikan-petikan yang sudah ketiadaan sumber rujukan. Kitab ini merupakan satu khazanah penting bagi para pengkaji dalam bidang ini. Begitu juga kitab ini akan memberikan impak yang tinggi dalam khalayak akademik untuk mengkaji secara lebih lanjut mengenai pengarang dan buku-bukunya dan akan menjadi rujukan yang bernilai dalam perpustakaan Islam. Kajian mengenai akidah Ibn al-Arabi ini mengunakan metode pengumpulan data dengan merujuk kepada buku-buku beliau sama ada yang bertulis mahupun manuskrip. Ini bertujuan untuk menilai mereka yang menuduh beliau sebagai ulama yang menyimpang dari jalan ulama salaf. Sementara dalam mentahkik kitab ini, metode pengumpulan data digunakan kerana pengkaji tidak mendapati naskhah pengarang. Namun pengkaji hanya mendapati tiga naskhah yang ditulis pada zaman pengarang. Oleh itu menjadi kewajipan kepada pengkaji untuk membuat perbandingan antara naskhah dan memilih naskhah yang paling sesuai dengan teks. Matode penghuraian digunakan untuk menjelaskan perkataan yang ganjil dengan menjelaskan maknanya yang mudah difahami. Manakala kata-kata ulama yang dipetik akan dirujuk kepada sumbernya yang asal jika didapati atau buku yang menyebut kata-kata tersebut. Kajian ini mendapati Abu Bakr Ibn al Arabi adalah seorang tokoh yang hebat dan ilmunya yang mendalam. Beliau antara ulama Ahli Sunnah Waljamaah yang terkenal dalam bidang akidah dan berpegang dengan mazhab salaf. Beliau menggunakan matode Asha'irah untuk menolak shubhat. Dalam penulisan beliau banyak terpengaruh dengan matode gurunya Abi Hamid al-Ghazali. Pengarang juga berjaya menghuraikan makna nama-nama Allah dengan mudah dan berjaya mematahkan shubhat-shubhat Muktazilah, al-Karmiyyah dan lain-lain. Kitab ini juga memuatkan kata-kata ulama silam yang jarang ditemui dalam rujukan yang ada. Kajian ini akan membantu untuk menyebarkan akidah Islam yang tepat dan sederhana serta menjelaskan kebenaran berkaitan nama-nama Allah di samping menilai secara adil terhadap Abi Bakr Ibn al-Arabi yang dituduh sebagai sesat dengan mengemukakan sebuah kitab yang unggul dengan tahkik yang rapi, kemas dan akademik.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"-
dc.language.isoara-
dc.publisherUKM, Bangi-
dc.relationFaculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam-
dc.rightsUKM-
dc.subjectKitab Al-Amad Al-Aqsa fi Sahrh Asma' Al-Husna-
dc.subjectTahqiq-
dc.subjectAl-Qadi Abi Bakr Ibn al-Arabi-
dc.subjectNama-nama Allah-
dc.subjectUlama Ahli Sunnah Waljamaah-
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia-
dc.titleKitab al-Amad al-Aqsa fi Sahrh Asma' Allah al-Husna oleh al-Emam Abi Bakr ibn al-Arabi kajian dan tahqiq-
dc.typeTheses-
dc.format.pages411-
dc.identifier.barcode002576(2017)-
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84906+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
833.88 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.