Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/487419
Title: Strategi pembelajaran kosa kata berimbuhan bahasa Arab dalam kalangan pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia
Authors: Mohd Zaki Ismail (P58289)
Supervisor: Kaseh Abu Bakar, Dr.
Keywords: Kosa kata
Pengimbuhan
Pelajar STAM
Bahasa Arab
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 22-Jan-2016
Description: Kajian ini merupakan kajian penerokaan strategi pembelajaran kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Tujuannya adalah untuk meneroka bentuk strategi yang digunakan oleh Pelajar Sijil Tinggi Agama Malaysia ketika mempelajari kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab. Pengimbuhan merupakan salah satu cara terpenting untuk perkembangan bahasa dan perluasan kosa kata bahasa Arab. Ia juga merupakan salah satu sumber penting untuk memperkaya makna kata kerja dan cara yang fleksibel untuk menyampaikan makna sesuatu tindakan. Kejayaan menguasai kosa kata berimbuhan sangat penting untuk memastikan kejayaan pelajar dalam mempelajari bahasa Arab. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan protokol perlantangan fikiran, pemerhatian dan temu bual sebagai instrumen pungutan data. Kerangka konseptual kajian ini dibina berasaskan teori strategi pembelajaran bahasa (SPB) dan strategi pembelajaran kosa kata (SPKK). Pemilihan sampel dalam kajian ini adalah pemilihan bertujuan. Seramai 17 pelajar tingkatan enam dari dua buah sekolah menengah agama iaitu di Pulau Pinang dan Kelantan telah dipilih sebagai peserta kajian ini. Pemilihan adalah berdasarkan kepada kesediaan untuk melibatkan diri dalam kajian dan kesungguhan yang dipamerkan semasa sesi latihan perlantangan fikiran yang dilaksanakan kepada mereka. Para pelajar tersebut telah diberi tugasan mempelajari 13 kosa kata berimbuhan bahasa Arab dengan menggunakan protokol perlantangan fikiran. Analisis data dilakukan dengan mengenal pasti tema dan dikodkan menggunakan sistem pengekodan strategi pembelajaran kosa kata mengikut taksonomi Schmitt (1997). Dapatan kajian menunjukkan peserta kajian menggunakan pelbagai pola strategi pembelajaran kosa kata ketika mempelajari kosa kata baharu berimbuhan bahasa Arab, namun tahap penggunaan strategi dalam kalangan peserta adalah rendah. Kajian ini mendapati persepsi peserta terhadap penggunaan strategi pembelajaran kosa kata adalah positif. Penggunaan strategi lebih tertumpu kepada strategi penemuan untuk mengenal pasti makna berbanding strategi penyatuan untuk memantapkan ingatan makna kosa kata yang telah dipelajari. Dapatan kajian seterusnya menunjukkan strategi kognitif merupakan strategi penyatuan yang paling tinggi kekerapan penggunaannya berbanding strategi penyatuan yang lain. Kajian ini juga mendapati hanya satu sub strategi meta kognitif, iaitu uji diri dengan ujian perkataan sahaja digunakan oleh peserta kajian. Kajian ini telah memberikan sumbangan yang signifikan terhadap bidang pembelajaran kosa kata khususnya kosa kata berimbuhan kerana ia mendedahkan cara pelajar STAM mempelajari kosa kata berimbuhan bahasa Arab. Penggunaan strategi yang terhad dan dilaksanakan secara mendatar menuntut guru bahasa Arab untuk mengajarkan kepada para pelajar strategi pembelajaran kosa kata yang lebih efektif. Kajian ini mencadangkan agar semakan terhadap kurikulum pembelajaran bahasa Arab dengan memasukkan unsur strategi pengajaran dan pembelajaran kosa kata.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
Pages: 442
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Islamic Studies / Fakulti Pengajian Islam

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_84904+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
985.92 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.