Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485889
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorSofiah Md Auzair, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorKhairul Naziya Kasim (P79573)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:54Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:54Z-
dc.date.issued2020-05-19
dc.identifier.otherukmvital:117544
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485889-
dc.descriptionSalah satu elemen penting dalam Revolusi Perindustrian ke-empat (Industri 4.0) ialah pembangunan ketangkasan organisasi, iaitu keupayaan firma untuk mengenalpasti dan bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku dalam persekitaran perniagaan. Namun, peranan perakaunan pengurusan, terutama sistem pengukuran prestasi strategik (SPPS) ke atas pembangunan keupayaan ini masih kurang jelas dan belum konklusif. Perspektif Keupayaan Dinamik (DCV) didapati menyediakan premis kerangka kerja teoritikal asas dalam memahami isu ini iaitu firma perlu mengenalpasti dan membangunkan secara berterusan tiga jenis keupayaan dinamik (iaitu keupayaan integrasi, pembelajaran dan konfigurasi semula) untuk bertindakbalas dengan perubahan yang berlaku. DCV turut menekankan peranan yang dimainkan oleh kumpulan pengurusan atasan (KPA) sebagai aset struktur strategik utama dalam proses pembangunan keupayaan dinamik firma. Berdasarkan kerangka kerja yang dicadangkan, kajian ini mengkaji hubungan langsung dan tak langsung antara integrasi kelakuan KPA, keupayaan dinamik dan prestasi firma bagi mendapatkan pemahaman yang komprehensif berkenaan hubungan input-proses-output yang wujud di dalam firma perkilangan di Malaysia. Tiga jenis keupayaan dinamik ini masing-masing diterjemahkan sebagai keupayaan SPPS, kapasiti penyerapan dan ketangkasan organisasi. Maklum balas soal selidik daripada 159 syarikat perkilangan bersaiz besar dan sederhana dianalisis menggunakan kaedah Partial Least Square. Analisis mendapati adanya hubungan langsung yang positif dan signifikan antara integrasi kelakuan KPA dengan ketiga-tiga keupayaan dinamik. Ini membuktikan KPA memiliki peranan penting sebagai modal insan strategik utama dalam memastikan kejayaan firma untuk membangunkan keupayaan dinamik. Hasil analisis turut mendapati adanya hubungan langsung antara kapasiti penyerapan dan ketangkasan organisasi dengan prestasi firma. Bagi hubungan sesama keupayaan dinamik pula, hubungan langsung ditemui antara keupayaan SPPS dengan kapasiti penyerapan dan kapasiti penyerapan dengan ketangkasan organisasi. Hubungan antara keupayaan SPPS dan ketangkasan organisasi pula didapati berbentuk hubungan pengantara penuh melalui kapasiti penyerapan sebagai faktor pengantara, menunjukkan bahawa peranan keupayaan SPPS ke atas ketangkasan adalah tak langsung. Dapatan ini menandakan bahawa SPPS yang dibangunkan akan hanya memberi kesan ke atas ketangkasan organisasi sekiranya SPPS tersebut berupaya meningkatkan keupayaan pembelajaran firma dalam memperoleh pengetahuan baharu sehingga mengeksploitasi pengetahuan tersebut melalui maklumat yang tersedia dalam sistem itu sendiri. Penemuan kajian ini adalah selari dengan cadangan teoritikal DCV dan memberi bukti empirikal tambahan berkenaan kepentingan ketiga-tiga keupayaan dinamik ke atas prestasi firma. Suntikan peranan baharu SPPS sebagai keupayaan integrasi dijangka dapat menyediakan sudut pandangan baharu berkenaan peranan SPPS yang boleh diteroka oleh penyelidik dan pengamal industri dalam mengenalpasti elemen dan ciri SPPS yang perlu diberi keutamaan, khususnya dalam pembangunan keupayaan dinamik bagi memastikan firma kekal berdaya saing dalam persekitaran Industri 4.0.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectStrategic planning
dc.subjectOrganizational effectiveness
dc.subjectOrganizational change
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePeranan kumpulan pengurusan atasan, sistem pengukuran prestasi strategik dan keupayaan dinamik ke atas prestasi firma
dc.typeTheses
dc.format.pages228
dc.identifier.callnoHD30.28.K453 2020 tesis
dc.identifier.barcode004485(2020)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_117544+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
136.4 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.