Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485880
Title: Pertumbuhan produktiviti faktor keseluruhan, modal manusia dan pertumbuhan ekonomi di negara Asean+3 terpilih
Authors: Noorazeela Zainol Abidin (P79557)
Supervisor: Ishak Yussof, Prof Dr.
Keywords: Human capital -- Southeast Asia
Labor supply -- Southeast Asia
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 24-Jun-2019
Description: Perbandingan antara negara menunjukkan terdapat perbezaan dalam pertumbuhan produktiviti faktor keseluruhan (TFP). Hal ini kerana setiap negara mempunyai permintaan dan kemajuan teknologi yang berbeza dalam sesebuah negara. Perbandingan antara negara juga menunjukkan terdapat perbezaan sumbangan kualiti modal manusia terhadap pertumbuhan TFP. Walaupun terdapat negara yang mempunyai tempoh purata tahun bersekolah yang lama tetapi sumbangan kepada pertumbuhan TFP adalah lebih rendah berbanding negara yang mempunyai purata tahun bersekolah yang lebih singkat. Seterusnya, didapati bahawa jumlah pekerja mahir dalam sesebuah negara juga tidak semestinya dapat menyumbang kepada pertumbuhan TFP. Selain itu, sumbangan pertumbuhan modal masih dominan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi dan kejutan pemboleh ubah makroekonomi juga dapat memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis perkaitan antara pertumbuhan TFP, modal manusia dan pertumbuhan ekonomi dengan tumpuan khusus ke atas beberapa negara ASEAN+3 terpilih. Untuk tujuan ini, analisis kajian adalah menggunakan empat kaedah utama iaitu, pertama berdasarkan kaedah Indeks Produktiviti Malmquist untuk mengkaji trend perubahan kecekapan teknik (TEC), perubahan teknologi (TC) dan pertumbuhan TFP. Kaedah kedua menggunakan pendekatan Dinamik Panel untuk menganalisis sumbangan modal manusia kepada pertumbuhan TFP. Kaedah ketiga menggunakan analisis Statik Panel untuk menganggar impak pertumbuhan TFP terhadap pertumbuhan ekonomi. Kaedah keempat pula menggunakan Vektor Autoregrasi Panel (PVAR) untuk menganalisis kesan kejutan pertumbuhan TFP terhadap pertumbuhan ekonomi. Fokus kajian ini adalah ke atas negara ASEAN+3 terpilih berdasarkan data untuk tempoh antara tahun 1981-2014 yang diperolehi daripada World Bank, United Nation Educational, Scientific and Cultural Organization (UNESCO) International Labour Organization (ILO). Hasil kajian menunjukkan sumbangan TEC adalah lebih tinggi berbanding sumbangan TC dalam menyumbang kepada pertumbuhan TFP pada tempoh 1981-1985, 1986-1990,1991-1995, 1996-2000 dan 2001-2005 tetapi dalam tempoh 2006-2010 dan 2011-2014,sumbangan TC adalah lebih tinggi berbanding sumbangan TEC. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa modal manusia menyumbang secara positif dan signifikan kepada peningkatan dalam pertumbuhan TFP dalam jangka masa panjang. Seterusnya, didapati pertumbuhan TFP dapat memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi dan kejutan pertumbuhan TFP juga memberi tindak balas yang positif kepada pertumbuhan ekonomi di negara ASEAN+3 terpilih. Oleh kerana, sumbangan TEC yang lebih dominan kepada pertumbuhan TFP, maka kajian ini menyarankan agar setiap negara perlu meningkatkan kualiti input seperti buruh iaitu dengan melatih lebih ramai guna tenaga mahir agar dapat menghasilkan kerja yang berkualiti dan efisien serta membawa kepada kemajuan teknologi. Selain itu, setiap negara perlu memperuntukkan perbelanjaan yang lebih besar kepada sektor pendidikan memandangkan pengaruh modal manusia mempunyai kesan yang positif dalam jangka panjang. Ini terutamanya daripada segi penyediaan lebih banyak biasiswa kepada pelajar yang ingin menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Selain itu, untuk melahirkan guna tenaga berpendidikan tinggi dan berkemahiran, penekanan perlulah diberikan kepada perancangan latihan yang lebih teliti. Di samping itu, kajian ini juga menekankan bahawa setiap negara di ASEAN+3 terpilih perlu meningkatkan pertumbuhan TFP kerana dapat menjimatkan kos pengeluaran dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah��,Ph.D.
Pages: 247
Call Number: HD8690.8.N667 2019 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_109506+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.51 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.