Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485876
Title: | Analisis hubungan antara fragmentasi pengeluaran antarabangsa dengan sinkronisasi output antarabangsa di negara OECD dan bukan OECD |
Authors: | Norrana Khidil (P47094) |
Supervisor: | Mohd Azlan Shah Zaidi, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Fragmented industries International trade Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 23-Feb-2019 |
Description: | Fragmentasi Pengeluaran Antarabangsa (FPA) adalah suatu proses pengeluaran yang dipecahkan kepada beberapa blok pengeluaran dan kemudiannya setiap blok pengeluaran tersebut diletakkan di negara yang belainan mengikut faedah berbanding masing-masing. Oleh itu, bagi menghasilkan suatu produk yang lebih maju, input akan diimport melintasi sempadan negara sekurang-kurangnya dua kali untuk dikategorikan sebagai FPA, dan nilai tambah ditingkatkan setiap kali melintasi sempadan. FPA ini merupakan tonggak globalisasi dan ekonomi terbuka, namun begitu, kebanyakan isu berkaitannya masih belum dimuktamadkan. Antara lainnya adalah kerana masalah petunjuk yang tidak muktamat. Kajian ini menggariskan tiga masalah berkaitan FPA yang perlu diberi perhatian segera. Pertama, bagaimanakah perkembangan FPA bagi tahun 2001-2012 mengikut petunjuk FPA yang baharu. Kedua, apakah wujud perbezaan FPA di peringkat sektoral antara tahun 2005 dan 2008 di kalangan pasangan G7, G7BRIC dan BRIC dan ketiga, bagaimanakah pengaruh FPA ke atas sinkronisasi output atau business cycle synchronisation (BCS) terutamanya semasa kejatuhan ekonomi berikutan krisis global 2008/2009 dengan mengguna petunjuk baharu FPA tersebut. Justeru itu kajian ini dilakukan dengan tiga objektif utama, iaitu (i) mengkaji perkembangan FPA antara tahun 2001-2012 mengguna petunjuk baru FPA, (ii) mengkaji perbezaan perkembangan FPA di peringkat sektoral antara tahun 2005 dengan 2008 bagi pasangan negara G7, G7BRIC dan BRIC, dan (iii) mengkaji kesan FPA ke atas sinkronisasi output antarabangsa dengan menggarab petunjuk FPA yang baharu tersebut sebagai pemboleh ubah. Kajian ini mengguna panel data yang terdiri daripada 38 buah negara dan jangka masa selama 10 tahun. Data dibahagikan kepada dua (2) tempoh masa keadaan; 5 tahun untuk masa sebelum krisis global 2008/2009 (2003-2007) dan 5 tahun lagi adalah masa di mana ekonomi mengalami krisis global 2008/2009 (2008-2012). Kajian mengguna kaedah momen teritlak (GMM) bagi menyesuaikan dengan data panel dan bilangan sampel lebih besar daripada masa (N > T). Secara keseluruhan, hasil kajian menunjukkan bahawa FPA bagi pasangan sesama G7 lebih tinggi dari pasangan ekonomi yang lain. Walaupun begitu hubungan FPA antara Jepun dengan G7 yang lain lebih tinggi berbanding pasangan sesama G7 yang lain semasa tahun 2008. FPA secara sektoral menunjukkan sektor perindustrian lebih terkesan berbanding sektor lain (pertanian dan perkhidmatan) di mana sektor perindustrian di kalangan G7 mengalami kejatuhan yang lebih teruk berbanding pasangan lain. Namun begitu, FPA di sektor perindustrian bagi G7BRIC stabil malah meningkat semasa tahun 2008. Keputusan regresi menunjukkan FPA berhubung secara positif dengan korelasi output bagi kedua-dua masa, namun hanya signifikan bagi tahun di mana ekonomi berada dalam krisis global 2008/2009. Keadaan ini mencadangkan FPA mempengaruhi dan membesarkan kesan kejatuhan output antarabangsa. Hasil dapatan kajian ini boleh dijadikan garis panduan kepada pembuat dasar dalam merangka dasar supaya lebih peka terhadap peranan FPA semasa ekonomi berada dalam krisis.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah��,Ph.D. |
Pages: | 180 |
Call Number: | HD30.22.N638 2019 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_109128+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.63 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.