Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485874
Title: | Pelarian dana dan modal manusia: satu analisis panel dinamik |
Authors: | Umar Abdul Basar (P61220) |
Supervisor: | Abu Hassan Shaari Mohd Nor, Prof. Dr. |
Keywords: | Capital movements Capital market Monetary policy Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 30-Apr-2018 |
Description: | Risiko ekonomi dan risiko institusi merupakan faktor utama aktiviti pelarian dana. Pelarian dana berlaku kerana peningkatan risiko dalam sesebuah negara yang mengurangkan kadar keyakinan pelabur sehingga menyebabkan pelabur memindahkan aset bagi menjaga nilai aset pelaburan. Secara teori, modal manusia mampu meningkatkan kadar keyakinan pelabur seterusnya mengurangkan aktiviti pelarian dana. Peningkatan kualiti modal manusia juga mampu meningkatkan jangkaan pulangan pelaburan, kestabilan politik dan kemajuan institusi. Oleh itu, objektif utama tesis ini adalah untuk mengkaji kesan modal manusia terhadap pelarian dana. Kajian ini menyumbang kepada ilmu pelarian dana sekurang-kurangnya dalam tiga aspek. Pertama, kajian ini membawa sebuah kerangka teori yang menunjukkan modal manusia mampu mengurangkan aktiviti pelarian dana. Kedua, kajian ini membuktikan secara empirik bahawa negara yang mempunyai modal manusia yang baik akan mengurangkan pelarian dana serta kesan negatif pelarian dana. Ketiga, selain mengukuhkan ekonomi dan menstabilkan institusi kajian ini mencadangkan peningkatan kualiti modal manusia sebagai satu kaedah menangani masalah pelarian dana. Kajian ini menggunakan Kaedah Momen Teritlak Sistem (GMM) bagi 92 buah negara terpilih dari tahun 1986 sehingga tahun 2010. Kajian ini mendapati bahawa peningkatan modal manusia dapat mengurangkan masalah pelarian dana khususnya peningkatan modal manusia pada kohort umur muda, modal manusia dengan tahap pendidikan tertier dan buruh mahir. Selain itu, pengurangan kesan pelarian dana adalah bergantung kepada tahap modal manusia negara. Negara bertahap modal manusia tinggi, sederhana tinggi dan sederhana rendah berkemungkinan dapat mengurangkan fenomena histeresis dan fenomena revolving door serta menggalakkan pelarian dana berbalik. Oleh itu, selain keteguhan ekonomi dan kestabilan institusi, peningkatan modal manusia dalam negara juga perlu diambil perhatian oleh penggubal dasar dalam menangani masalah pelarian dana.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah��,Ph.D. |
Pages: | 210 |
Call Number: | HB1.U463 2018 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_108166+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.77 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.