Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485872
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abu Hassan Shaari Md Nor, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Norlee Ramli (P76469) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:06:43Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:06:43Z | - |
dc.date.issued | 2018-08-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:107612 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485872 | - |
dc.description | Getah asli merupakan salah satu komoditi yang memacu ekonomi negara ASEAN-3. Negara Malaysia, Thailand dan Indonesia menguasai hampir 70 peratus pengeluaran getah asli dunia. Penggunaan getah asli dalam perindustrian disaingi dengan getah sintetik sebagai bahan mentah pengganti. Memandangkan minyak mentah merupakan bahan utama dalam pembuatan getah sintetik, maka harga getah asli yang turun naik sangat berkait rapat dengan harga minyak mentah dunia dan harga getah sintetik itu sendiri. Kajian ini menjurus kepada kemeruapan dan bukan tingkat harga kerana kemeruapan harga mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan risiko dan dorongan untuk mempersetujui transaksi dalam pasaran getah. Terdapat tiga objektif utama kajian disertasi ini. Objektif pertama adalah untuk memodel dan menganggar kemeruapan harga getah asli, kemeruapan harga getah sintetik dan kemeruapan harga minyak mentah di ASEAN-3 menggunakan model keluarga GARCH univariat (UGARCH). Keputusan penganggaran mendapati model AR(1)-TGARCH(1,1) adalah model terbaik untuk siri pulangan harga getah asli di Malaysia, manakala model AR(1)-GARCH(1,1) merupakan model terbaik bagi kedua-dua siri pulangan harga getah asli di Thailand dan Indonesia. Model AR(1)-EGARCH(1,1) pula merupakan model terbaik bagi siri pulangan harga getah sintetik dan siri pulangan harga minyak mentah. Objektif kedua kajian ini adalah menguji hubungan sebab-menyebab antara kemeruapan harga getah asli, kemeruapan harga minyak mentah, kemeruapan harga getah sintetik dan pemboleh ubah makroekonomi serta mengenalpasti pemboleh ubah makroekonomi utama yang memberi kesan terhadap kemeruapan harga getah asli di ASEAN-3. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah sebab-menyebab (ujian kausaliti) Toda Yamamoto, model SUR dan OLS serta Regresi Panel yang terdiri dari model Kesan Tetap (FE) dan model POLS. Pemboleh ubah makroekonomi yang terlibat adalah kadar pertukaran (ER), indeks harga pengguna (CPI), indeks pengeluaran perindustrian (IPI) dan imbangan dagangan (TB). Keputusan analisis mendapati wujud hubungan sebab-menyebab sehala antara kemeruapan harga getah asli dan CPI, IPI serta kemeruapan harga minyak mentah (VOC). Secara amnya, hasil penganggaran adalah selaras apabila keputusan yang sama diperolehi menerusi semua kaedah penganggaran di atas yang mana kemeruapan harga getah sintetik (VSR) didapati signifikan dan mempengaruhi kemeruapan harga getah asli di ASEAN-3. Objektif terakhir adalah mengkaji kesan limpahan kemeruapan harga getah asli di antara tiga negara pengeluar utama getah asli ASEAN menggunakan model GARCH multivariat (MGARCH) dalam spesifikasi BEKK. Keputusan penganggaran mendapati wujudnya transmisi atau limpahan kemeruapan dua hala yang signifikan di antara kemeruapan harga getah asli Malaysia kepada kemeruapan harga getah asli Thailand serta kemeruapan harga getah asli Thailand kepada kemeruapan harga getah asli Malaysia. Manakala limpahan kemeruapan sehala yang signifikan diperolehi daripada Malaysia kepada Indonesia. Keputusan penganggaran korelasi bersyarat malar (CCC) mendapati hubungan korelasi adalah sangat signifikan dan positif menggambarkan hubungan pulangan yang bergerak pada haluan yang sama. Manakala keputusan penganggaran kolerasi dinamik (DCC) bagi pulangan harga getah asli di ASEAN-3 mendapati hubungan korelasi ini adalah signifikan dengan hasil tambah koefisien korelasi dinamik antara DCC(1) dan DCC(2) adalah 0.94. Keputusan kajian adalah penting bagi implikasi dasar dan ekonomi bukan sahaja terhadap negara itu sendiri bahkan juga terhadap rantau ASEAN terutamanya penggubal dasar, kerajaan memerintah, para pelabur dan pengurus kewangan dalam menyusun atur strategi serta menetapkan dasar-dasar tertentu bagi menjamin kestabilan dan kemampanan harga getah asli dunia.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Rubber industry and trade -- Southeast Asia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Analisis ekonometrik ke atas kemeruapan harga getah asli di ASEAN-3 Malaysia, Thailand dan Indonesia) | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 214 | |
dc.identifier.callno | HD9161.N637 2018 tesis | |
dc.identifier.barcode | 003839(2019) | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_107612+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 12.45 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.