Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485869
Title: | Perdagangan, perlindungan harta intelek, produktiviti dan kecekapan di kalangan negara-negara membangun |
Authors: | Rozilee Asid (P64538) |
Supervisor: | Noor Aini Khalifah, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Endogenous growth (Economics) Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 13-Nov-2017 |
Description: | Kajian ini bergantung kepada teori pertumbuhan endogen, di mana peranan modal asing yang diimport dan kecenderungan paten triadic diandaikan secara endogennya menentukan proses pertumbuhan sekumpulan negara membangun dan ekonomi baru muncul pada tahun-tahun 1990-2010. Keputusan mengesahkan hipotesis keekanadaan dari kedua-dua teknologi asing yang diimport dan kecenderungan paten triadic ke arah penambahbaikan kecekapan teknik tanpa indikasi kepada pertumbuhan TFP tulen. Keputusan menunjukkan bahawa kedua-dua modal asing permulaan dan kecenderungan paten triadic permulaan hanya meningkatkan perubahan kecekapan teknikal secara minimum untuk sebilangan kecil negara dengan hampir separuh daripada sampel menyimpang daripada titik penumpuan. Dari perspektif lain, kesan eksport barang modal dari negara-negara OECD juga turut diperiksa dengan menggunakan model analisa panel graviti. Hipotesis berkenaan kewujudan kuasa pasaran atau pengembangan pasaran berkaitan dengan eksport barangan modal ke atas rakan dagang diuji dengan menggunakan indeks IPR, tahap teknologi pengeksport dan ancaman tiruan di negara destinasi. Hasil empirikal menunjukkan wujud beberapa bukti yang konsisten terhadap kesan langsung pengembangan pasaran eksport barangan modal diperhatikan dari kedua-dua tahap teknologi pengeksport dan tahap perlindungan IPR negara destinasi. Pengurangan terhadap tahap kesan tak langsung pengembangan pasaran diperhatikan tertakluk kepada satu pembolehubah berinteraksi diambil kira. Keputusan kajian meramalkan kesan kuasa pasaran dari ancaman tiruan yang konsisten dari masa ke semasa.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah��,Ph.D. |
Pages: | 124 |
Call Number: | HD75.R649 2017 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_106325+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.1 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.