Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485865
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIshak Yussof, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNor Fatimah Che Sulaiman (P79570)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:39Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:39Z-
dc.date.issued2018-06-26
dc.identifier.otherukmvital:101664
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485865-
dc.descriptionKetidakseimbangan agihan pendapatan di Malaysia menunjukkan perubahan yang tidak ketara semenjak tahun 1990. Kajian lepas menunjukkan keadaan ini disebabkan oleh faktor-faktor seperti keterbukaan ekonomi, pelaburan langsung asing, pengangguran, kemajuan kewangan, pendidikan dan kemahiran, namun tiada analisis terperinci dijalankan. Pertumbuhan inklusif merupakan satu alternatif yang dapat membantu kerajaan mengatasi isu agihan pendapatan, namun masih tiada kayu ukur dan kajian terperinci dijalankan di Malaysia. Tambahan pula, dasar pengagihan negara bagi tempoh 2016-2030 adalah pertumbuhan ekonomi secara inklusif. Bertitik tolak daripada jurang kelompongan di atas, kajian ini bertujuan menganalisis hubungan antara agihan pendapatan dan pertumbuhan ekonomi. Selain itu kajian ini juga mengemukakan alternatif kepada pengukuran agihan pendapatan melalui pembentukan indeks, iaitu Indeks Mobiliti Sosial dan Indeks Pertumbuhan Inklusif Malaysia. Faktor yang mempengaruhi agihan pendapatan dan juga indeks ini juga turut dikaji. Kajian ini menggunakan kaedah ARDL untuk menganalisis faktor yang mempengaruhi agihan pendapatan. Kaedah Keluk Mobiliti Sosial pula digunakan untuk menganalisis agihan pendapatan mengikut lokaliti dan kumpulan isi rumah. Manakala untuk membentuk IPIM, kaedah Z-skor digunakan. Kaedah ARDL juga digunakan untuk menganalisis faktor penentu IPIM. Data bagi kajian ini diperolehi daripada World Development Indicator, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysia dan laporan tahunan daripada pelbagai kementerian. Dapatan utama daripada kajian ini menunjukkan bahawa keterbukaan perdagangan, pendidikan dan pelaburan langsung asing mempunyai hubungan jangka panjang yang signifikan terhadap agihan pendapatan di Malaysia. Kajian menunjukkan bahawa ketidakseimbangan pendapatan di Malaysia berada pada tahap yang baik dan terkawal yang dibuktikan melalui Keluk Mobiliti Sosial yang dibentuk mengikut lokaliti dan kumpulan pendapatan. IPIM yang dibentuk menunjukkan peningkatan tahun demi tahun dari tahun 1990 hingga 2016 yang menggambarkan bahawa pertumbuhan ekonomi di Malaysia adalah semakin inklusif. Selain itu, faktor seperti pengukuhan kewangan, pelaburan tetap, pembangunan modal insan serta pelaburan langsung asing menunjukkan hubungan yang positif dan signifikan terhadap IPIM yang dibentuk. Oleh itu, untuk mencapai pertumbuhan ekonomi yang inklusif, kerajaan disarankan menyediakan inisiatif bukan sahaja dalam bentuk fiskal, tetapi haruslah lebih holistik merangkumi pendidikan, kesihatan, perumahan dan pekerjaan kepada kumpulan B40. Dalam masa yang sama, kumpulan M40 tidak wajar dipinggirkan. Penggubalan dasar pengagihan negara harus mengambil kira faktor-faktor penentu seperti pelaburan, inflasi, pendidikan dan pendapatan negara terhadap agihan pendapatan dan juga sebagai faktor pemangkin kepada pertumbuhan inklusif di Malaysia.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectEconomic development -- Malaysia
dc.titlePertumbuhan ekonomi, agihan pendapatan dan pembentukan indeks pertumbuhan inklusif Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages332
dc.identifier.callnoHC445.5N647 2018 tesis
dc.identifier.barcode003529(2019)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_101664+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
12.72 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.