Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485854
Title: Perubahan harga petrol, pertukaran mod dan keselamatan jalan raya di Malaysia
Authors: Nizam Ahmat (P37033)
Supervisor: Nor Ghani Md. Nor, Prof Dr
Keywords: Perubahan harga petrol
Keselamatan Jalan Raya
Petroleum industry and trade-Malaysia
Issue Date: Sep-2015
Description: Kajian ini bertujuan menguji hubungan antara risiko kemalangan jalan raya dengan peningkatan harga petrol di negara ini. Kajian ini menggunakan siri data tahunan (1993-2010) dan siri data suku tahunan (2000-2010). Kaedah regrasi digunakan dengan menganggar model data panel, lat bertabur dan binomial negatif. Hasil kajian menunjukkan perubahan pemilikan motosikal adalah positif dan lebih responsif dengan kenaikan harga petrol berbanding dengan perubahan pemilikan kereta yang didapati negatif. Ini menunjukkan terdapat bukti bahawa pengguna mod pengangkutan sebagai tindakbalas kepada kenaikan harga petrol. Tindakbalas pengguna ini menghasilkan kesan pertengahan kenaikan harga petrol yang lebih besar dengan nilai positif kepada kadar kematian dan kadar kecederaan pengguna mod motosikal akibat kemalangan jalan raya. Manakala bagi kes kadar kematian dan kecederaan pengguna mod kereta hasil keputusan kesan pertengahan kenaikan harga petrol adalah sebaliknya. Keputusan kajian juga menunjukkan impak bersih kenaikan harga petrol yang positif kepada kadar kematian pengguna mod motosikal. Kadar kematian pengguna mod kereta pula impak bersih kenaikan harga petrol adalah tidak signifikan. Namun begitu, impak bersih kenaikan harga petrol kepada kadar kecederaan pengguna jalan raya adalah sebaliknya. Dapatan ini, menyokong beberapa kajian lepas yang mendapati kenaikan harga petrol meningkatkan permintaan kenderaan bersaiz kecil sekaligus meningkatkan risiko kematian pengguna jalan raya. Dalam hal ini, dapatan kajian telah menyumbang kepada perdebatan semasa mengenai kesan keselamatan dan ekonomi yang diakibatkan oleh kenaikan harga petrol. Hasil keputusan kajian ini memberikan dua implikasi. Pertama; kenaikan harga petrol telah meningkatkan kadar kematian dan kecederaan penggunanya akibat kemalangan jalan raya. Kedua, implikasi terhadap dasar awam iaitu keputusan untuk menaikkan harga petrol mesti mengambil kira kesannya terhadap keselamatan jalan raya kerana telah meningkatkan risiko kematian dan kecederaan penunggang dan pembonceng motosikal.,Ph.D
Pages: 186
Call Number: HD9576.M42.N539 2015
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83984+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.14 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.