Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485851
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorDr Rahmah binti Ismail, Profesor
dc.contributor.authorSaharawati Shaha (P62435)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:33Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:33Z-
dc.date.issued2015-07
dc.identifier.otherukmvital:83937
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485851-
dc.descriptionKualiti pekerja merupakan faktor yang terpenting yang mempengaruhi kecekapan. Peningkatan dalam kualiti pekerja mampu meningkatkan tahap kecekapan sesebuah organisasi yang akhirnya akan meningkatkan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi sesebuah negara. Dalam konteks ini, kecekapan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) adalah amat penting ekoran sektor perkhidmatan pendidikan tinggi swasta (sektor PPTS) disenaraikan sebagai salah satu daripada sektor dalam Bidang Ekonomi Utama Negara. Dasar transformasi negara yang terkini meletakkan sasaran sumbangan sektor tersebut kepada Pendapatan Negara Kasar dengan sejumlah RM1.3 bilion setiap tahun sehingga tahun 2020. Sasaran ini boleh dicapai sekiranya kecekapan sektor ini ditingkatkan pada tahap yang optimum melalui sumbangan kualiti pekerja yang lebih berkesan. Oleh itu, kajian ini bertujuan menganalisis sumbangan kualiti pekerja terhadap kecekapan teknik IPTS di Malaysia. Analisis dalam kajian ini menggunakan 126 data keratan rentas IPTS daripada Banci Ekonomi tahun 2011 berhubung Perkhidmatan Pendidikan yang dijalankan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia bagi maklumat tahun 2010. Maka, kajian ini dilakukan bagi mengkaji tahap kecekapan teknik bagi IPTS di Malaysia dan menganalisis sumbangan kualiti pekerja kepada tahap kecekapan ini. Tahap kecekapan diperolehi melalui kaedah Data Envelopment Analysis (DEA) berorientasikan output dengan jumlah pekerja, jumlah pelajar dan nilai aset sebagai input dan nilai ditambah sebagai output. Kajian ini menggunakan tiga pendekatan dalam menganalisis kualiti pekerja, iaitu berdasarkan pencapaian pendidikan, kategori pekerjaan dan pengukuran pekerja efektif berdasarkan Model Bahagian Upah. Bagi melihat hubungan antara tahap kecekapan teknik dan tahap kualiti pekerja dengan ciri-ciri organisasi, iaitu saiz operasi dan intensiti modal, maka analisis penjadualan silang dilakukan. Pengenalpastian sama ada wujud hubungan yang signifikan antara tahap kecekapan dan tahap kualiti pekerja dengan ciri-ciri organisasi ditentukan menggunakan ujian chi-square. Bagi menganalisis faktor penentu kecekapan teknik IPTS, tiga spesifikasi Model Regresi Berbilang telah dibentuk dan dianggarkan dengan menggunakan kaedah kuasa dua terkecil biasa. Secara keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan IPTS beroperasi pada tahap kecekapan yang sederhana. Hasil penganggaran menunjukkan pekerja berpendidikan tertiari dan menengah; pekerja pengurusan, profesional dan eksekutif; pekerja teknikal dan penyeliaan serta pekerja efektif memberi impak yang positif dan signifikan ke atas kecekapan teknik IPTS,PhD / Doktor Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectKualiti pekerja
dc.subjectKecekapan
dc.subjectInstitusi Pendidikan Tinggi Swasta
dc.subjectIndustrial efficiency
dc.titleKualiti pekerja dan kecekapan Institusi Pendidikan Tinggi Swasta di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages178
dc.identifier.callnoHD56.25.S237 2015 tesis
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83937+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
1.82 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.