Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485850
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRahmah Ismail, Prof. Dr.
dc.contributor.authorMohd Zukime Hj Mat Junoh (P51664)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:32Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:32Z-
dc.date.issued2015-08
dc.identifier.otherukmvital:83424
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485850-
dc.descriptionPerdebatan mengenai isu kekurangan buruh mahir merupakan cabaran kepada setiap sektor khususnya sektor perkhidmatan di Malaysia. Salah satu cabaran utama ialah berkaitan isu kekurangan tenaga buruh yang dialami kebanyakan sektor adalah disebabkan wujudnya perbezaan kualiti buruh dalam pelbagai kategori pekerjaan. Isu tersebut secara tidak langsung telah mempengaruhi pertumbuhan perlahan permintaan buruh oleh kebanyakan sub sektor. Selain itu, isu tersebut juga akan menyebabkan pertumbuhan permintaan buruh menjadi tidak seimbang di kalangan sub sektor tersebut. Oleh itu, Objektif umum kajian ini adalah untuk menganalisis hubungan antara faktor-faktor makro penentu seperti output benar, upah benar, harga modal, intensiti modal, dan kesan krisis kewangan 1998 terhadap permintaan buruh dalam sektor perkhidmatan di Malaysia. Kajian ini menggunakan dua pendekatan berdasarkan analisis panel siri masa dan analisis SURE. Dalam kajian ini, lima sub sektor perkhidmatan telah dikaji iaitu kesihatan, perniagaan, pelancongan, pemasaran dan pengangkutan. Kepentingan faktor penentu kepada permintaan tenaga kerja juga dikaji dengan memasukkan pemboleh ubah interaksi antara kesan krisis kewangan 1998 dengan sub sektor perkhidmatan. Analisis panel siri masa melibatkan ujian punca unit panel, anggaran panel kointegrasi jangka panjang dan hubungan jangka pendek antara faktor penentu dengan permintaan buruh berdasarkan rangka kerja Autoregressive Distributed lag (ARDL). Analisis panel siri masa menggunakan pendekatan Fully Modified Ordinary Least Squared (FMOLS). Kajian ini juga menggunakan pendekatan lain seperti Pooled Mean Group (PMG), Mean Group (MG), Dynamic Fixed Effect (DFE) dan Dynamic Ordinary Least Squared (DOLS) untuk analisis ketekalan. Analisis SURE dalam kajian ini telah menggunakan Model Zellner��s Seemingly Unrelated Regression (SURE). Model ini digunakan untuk menganalisis faktor penting penentu permintaan buruh termasuk kesan krisis kewangan 1998 dan pemboleh ubah interaksi terhadap permintaan buruh bagi kategori pekerja profesional, teknikal dan pengeluaran. Panel masa siri dan analisis SURE telah menggunakan data siri masa bagi tempoh 1980 �� 2010 dan 1987 �� 2010. Hasil kajian ini adalah tidak konklusif. Keputusan jangka panjang dan pendek jangka dalam analisis panel siri masa menyokong kuat teori pasaran buruh. Penemuan penting dalam analisis panel tersebut adalah output benar, upah benar, harga modal, dan intensiti modal mempunyai hubungan kointegrasi yang kuat dengan permintaan buruh dalam jangka masa panjang. Analisis SURE dalam kajian ini tidak menyokong teori pasaran buruh untuk pekerja profesional dan teknikal kecuali pekerja pengeluaran. Keputusan menunjukkan bahawa upah benar sendiri bagi kategori profesional dan teknikal mempunyai hubungan yang positif dan signifikan dengan permintaan buruh profesional dan teknikal. Hasil analisis jangka panjang analisis SURE menunjukkan bahawa kesan krisis kewangan 1998 kepada semua sub sektor mempunyai kesan yang berbeza berbanding sebelum krisis kewangan 1998. Keputusan analisis panel siri masa adalah selari dengan teori pasaran buruh. Berdasarkan dapatan analisis panel dan analisis SURE, terdapat rasional yang kukuh untuk menggalakkan Dasar Transformasi Nasional melalui Program Transformasi Ekonomi (ETP) oleh Kerajaan Malaysia untuk mencapai status ekonomi pendapatan tinggi pada tahun 2020. Sektor perkhidmatan adalah salah satu sektor yang penting dalam Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) kerana ia dapat merangsang pelaburan swasta dalam sektor perkhidmatan yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi dan potensi untuk mewujudkan pertumbuhan permintaan guna tenaga yang mampan dalam jangka masa panjang.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectTenaga Buruh
dc.subjectTenaga kerja
dc.subjectSektor Perkhidmatan
dc.titlePermintaan buruh sektor perkhidmatan di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages160
dc.identifier.barcode001864
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_83424+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.35 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.