Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485846
Title: | Kos pematuhan permulaan GST dan pengaruhnya ke atas tingkah laku pematuhan PKS di Malaysia |
Authors: | Mohd Adha Ibrahim (P58123) |
Supervisor: | Rosiati Ramli, Dr. |
Keywords: | Value-added tax -- Malaysia Small business Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia GST |
Issue Date: | 21-Dec-2015 |
Description: | Bebanan daripada kos pematuhan permulaan yang ditanggung oleh Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) ekoran perlaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) di Malaysia boleh menyebabkan tindakan ketidakpatuhan, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada keperluan sistem GST. Kajian ini mengenalpasti anggaran purata kos pematuhan permulaan dan pengaruhnya ke atas tingkah laku pematuhan cukai di kalangan PKS sebaik sebelum perlaksanaan GST di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik yang dihantar melalui pos dan memperolehi 182 soal selidik yang boleh digunakan. Hasil kajian mendapati bahawa purata kos pematuhan permulaan yang ditanggung oleh PKS di Malaysia pada tahun 2013 dianggarkan sebanyak RM15,730. Selari dengan kajian-kajian lepas, hasil kajian ini telah membuktikan bahawa sifat kos pematuhan permulaan GST di Malaysia adalah bersifat regresif terhadap syarikat bersaiz kecil dan sederhana, iaitu semakin kecil saiz sesebuah syarikat itu semakin tinggi kos yang akan ditanggung. Hasil kajian ini juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan langsung di antara kos pematuhan permulaan dengan tingkah laku pematuhan GST, iaitu sekiranya berlaku peningkatan kepada kos pematuhan permulaan, bilangan PKS yang mengelak pendaftaran GST juga turut meningkat. Berdasarkan kepada hasil keseluruhan analisa yang diperolehi, terdapat beberapa cadangan yang boleh diajukan kepada penggubal polisi; antaranya menyediakan program cukai yang komprehensif bagi memberi latihan dan pendidikan berkenaan sistem GST, memberi insentif cukai bagi mengurangkan bebanan pihak PKS dan akhir sekali mengubah proses pengurusan cukai seperti berkongsi maklumat di antara Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia. Perkongsian maklumat ini diharap dapat memudahkan urusan pematuhan PKS serta dapat meningkatkan tahap kepatuhan GST yang mana secara langsung akan membantu meningkatkan sumber pendapatan negara serta membantu membaiki tahap ekonomi PKS. Oleh kerana ini adalah kajian pertama yang dijalankan di Malaysia dalam mengintegrasikan hubungan antara kos pematuhan permulaan dan tingkah laku pematuhan bagi GST, hasil kajian ini akan memberi sumbangan yang signifikan terhadap sorotan literatur dalam isu berkaitan pematuhan GST.,Ph.D. |
Pages: | 269 |
Call Number: | HJ5715.M4M634 2015 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80433+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 403.45 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.