Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485845
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Abu Hassan Shaari Md Nor, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Mori Kogid (P61229) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:06:30Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:06:30Z | - |
dc.date.issued | 2015-01-10 | |
dc.identifier.other | ukmvital:80432 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485845 | - |
dc.description | Evolusi dan reformasi dalam sistem kewangan antarabangsa cenderung menjadikan pasaran kewangan semakin dinamik dan kompleks. Justeru, integrasi dan hubungan dinamik antara pasaran kewangan semakin bersifat global merentasi sempadan antarabangsa. Memandangkan kestabilan ekonomi domestik sangat berkait rapat dengan kestabilan pasaran kewangan, maka kajian ke atas hubungan dinamik antara pasaran kewangan semestinya penting. Episod krisis kewangan Asia dan krisis kewangan global yang berlaku baru-baru ini merupakan cabaran kepada implikasi ekonomi pada masa hadapan. Kajian ini melihat gelagat kemeruapan dan hubungan dinamik antara pasaran kewangan terutama pasaran saham dan tukaran asing di ASEAN-5 dan kesan faktor global melalui tiga bahagian (pasaran saham, pasaran tukaran asing dan antara pasaran) analisis limpahan kemeruapan dan korelasi dinamik. Model GARCH multivariat ke atas data mingguan indeks harga saham dan kadar tukaran asing bermula Januari 1994 hingga Julai 2013 digunakan. Secara umum, hasil kajian menunjukkan bukti limpahan kemeruapan daripada pasaran kewangan matang kepada pasaran kewangan kian muncul. Analisis empirikal menunjukkan sembilan penemuan penting. Pertama, wujud limpahan kemeruapan yang signifikan terutama daripada pasaran saham Malaysia, Filipina dan Indonesia kepada pasaran ASEAN-5 yang lain. Kedua, korelasi antara pasaran saham adalah positif dan tinggi terutama semasa krisis kewangan global. Ketiga, peranan pasaran saham Amerika Syarikat (AS) sebagai faktor global lebih signifikan berbanding Jepun. Keempat, limpahan kemeruapan yang signifikan juga wujud daripada pasaran tukaran asing Malaysia, Filipina dan Indonesia kepada pasaran ASEAN-5 yang lain. Kelima, korelasi antara pasaran tukaran asing adalah positif dan tinggi terutama semasa krisis kewangan. Keenam, sebagai faktor global, peranan pasaran tukaran asing AS dan Jepun kurang signifikan. Ketujuh, limpahan kemeruapan yang signifikan berlaku daripada pasaran tukaran asing kepada pasaran saham. Kelapan, korelasi antara pasaran saham dengan tukaran asing adalah negatif dan secara relatif rendah. Akhir sekali, penentu utama kepada korelasi dinamik untuk setiap pasaran seperti yang disebutkan di atas ialah; kemeruapan pasaran dan krisis kewangan. Hasil kajian menyumbang kepada bukti empirikal hubungan antara pasaran kewangan di ASEAN-5 dan mempunyai implikasi dasar dan ekonomi yang penting terutama kepada para pelabur, pengamal kewangan, pengurus kewangan dan para pembuat dasar dalam merangka strategi dan dasar ekonomi (kewangan) yang efektif.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Stock exchanges -- Southeast Asia | |
dc.subject | Foreign exchange -- Southeast Asia | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Limpahan kemeruapan dan korelasi dinamik pasaran saham dan tukaran asing di Asean-5 | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 283 | |
dc.identifier.callno | HG5740.8.A3M637 2015 tesis | |
dc.identifier.barcode | 002066 (2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80432+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 265.87 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.