Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485843
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Rahmah Ismail, Prof. Dr. | |
dc.contributor.author | Noorhaslinda Kulub Abd. Rashid (P55462) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:06:29Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:06:29Z | - |
dc.date.issued | 2016-02-22 | |
dc.identifier.other | ukmvital:80430 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485843 | - |
dc.description | Realiti kehidupan masyarakat Malaysia hari ini khususnya isi rumah tidak lari daripada menggunakan pelbagai produk barangan dan juga perkhidmatan khususnya yang berunsur materialistik. Malahan, kepesatan dan kecanggihan teknologi terkini dilihat sebagai pemangkin utama kepada corak kehidupan masyarakat. Dalam mendepani cabaran ekonomi semasa, peranan utama yang perlu dimainkan oleh isi rumah adalah menyusun pola perbelanjaan, pendapatan dan hutang pinjaman yang teratur dan diredhai Allah. Namun, malang sekali, dunia hari ini menyaksikan rata-rata isi rumah sanggup berhutang semata-mata untuk memenuhi keperluan dan kehendak mereka dengan batasan perbelanjaan yang ada. Menurut Bank Negara Malaysia (2013), nisbah hutang isi rumah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun 2013 adalah di atas paras 86.8%. Amat mengejutkan apabila angka ini telah menjadikan Malaysia di antara negara yang mempunyai kadar hutang isi rumah yang tertinggi di rantau Asia Pasifik untuk tahun tersebut berbanding Thailand (30%), Indonesia (15.8%), Hong Kong (58%), Taiwan (82%), Jepun (75%) dan Singapura (67%). Justeru itu, permasalahan ini dapat dikurangkan sekiranya pemahaman terhadap gaya perbelanjaan Islam dapat dipertingkatkan dalam diri setiap individu Muslim. Kajian ini bertujuan untuk mengukur Indeks Keagamaan Muslim (IKM) dan menganalisis sejauhmanakah pengaruh IKM ini terhadap corak perbelanjaan isi rumah. Analisis adalah berdasarkan kepada 441 isi rumah Muslim yang telah dipilih menerusi ��Persampelan Rawak Berstrata�� di Selangor dan Kelantan dengan menggunakan kaedah ��Seemingly Unrelated Regression�� (SUR). Kajian ini melibatkan 13 komponen perbelanjaan isi rumah iaitu perbelanjaan untuk makanan, pakaian, perumahan, pengangkutan, pendidikan, kesihatan, komunikasi, hutang pinjaman, rekreasi dan hiburan, ibu bapa, aktiviti keagamaan, zakat dan lain-lain. Dapatan kajian menunjukkan hanya 5 item perbelanjaan sahaja iaitu makanan, perumahan, pengangkutan, pendidikan dan rekreasi serta hiburan yang mempunyai hubungan yang signifikan dengan IKM. Didapati IKM mempunyai hubungan yang negatif dan signifikan terhadap perbelanjaan untuk makanan; pendidikan; rekreasi dan hiburan. Sementara, hubungan yang positif dan signifikan antara IKM dengan jumlah perbelanjaan ditunjukkan oleh perbelanjaan untuk perumahan dan pengangkutan. Ini bermakna, peningkatan dalam IKM tidak semestinya mengurangkan atau meningkatkan jumlah perbelanjaan terhadap sesuatu item perbelanjaan itu. Manakala dari segi keanjalan penggunaan pendapatan, di dapati barangan daruriyyat (keperluan) merujuk kepada kategori barangan seperti makanan, hutang pinjaman dan juga perbelanjaan lain-lain. Sementara sepuluh lagi kategori barangan yang dapat diklasifikasikan sebagai barangan mewah adalah pakaian, pengangkutan, perumahan, kesihatan, pendidikan, rekreasi, komunikasi, ibu bapa, zakat dan juga aktiviti keagamaan. Kefahaman agama yang benar-benar mantap dan berkesan perlu diserapkan secara dalam jiwa setiap insan bermula dari institusi kekeluargaan agar dapat melahirkan insan yang mampu mengaplikasikan konsep ��Perbelanjaan Mengikut Acuan Islam�� dalam apa jua keadaan bagi mendepani cabaran ekonomi masa kini. Akhirnya, ini akan dapat membantu kepada pembangunan negara melalui pengurangan bebanan hutang isi rumah.,Ph.D. | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Perbelanjaan isi rumah | |
dc.subject | Pengaruh Islam | |
dc.subject | Indeks Keagamaan Muslim | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Pengaruh keagamaan terhadap perbelanjaan isi rumah di Malaysia | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 319 | |
dc.identifier.barcode | 002063 (2016) | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_80430+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 447.6 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.