Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485840
Title: Analisis ekonomi strategi pasaran eksport minyak kelapa sawit Malaysia
Authors: Anizah Md Ali (P42734)
Supervisor: Basri Abu Talib, Prof. Madya Dr.
Keywords: Penawaran minyak kelapa sawit
Permintaan minyak kelapa sawit
Pasaran eksport
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date:  2
Description: Objektif khusus kajian adalah untuk menentukan faktor utama yang mempengaruhi gelagat penawaran minyak kelapa sawit Malaysia dan Indonesia serta mengenal pasti faktor utama yang mempengaruhi gelagat permintaan eksport minyak kelapa sawit Malaysia di pasaran utama iaitu India, Pakistan, Kesatuan Eropah (EU), Republik Rakyat China (PRC), Amerika Syarikat (USA) dan Negara-negara lain (ROW). Selain itu, kajian ini juga bertujuan untuk membentuk peramalan pasaran serta membina strategi asas eksport minyak kelapa sawit Malaysia ke destinasi utama pasaran dunia bagi tempoh 10 tahun ke hadapan dalam rangka usaha mengekalkan daya saing negara. Model struktur dalam kajian ini mendasari model komoditi Labys (1973); diubahsuai untuk meliputi sub model pasaran minyak kelapa sawit Malaysia dengan tumpuan kepada pasaran eksport utama Malaysia. Model ini digabungkan dengan sub model ringkas pasaran minyak kelapa sawit Indonesia mengambil kira saingannya di pasaran antarabangsa. Model struktur kajian ini mengandungi 22 persamaan gelagat dan 8 persamaan identiti. Kajian ini menggunakan kaedah penganggaran kuasa dua terkecil dua peringkat (2SLS) dengan menggunakan data sekunder bagi tempoh 1975-2011. Dapatan kajian bagi permintaan khususnya permintaan eksport Malaysia di semua destinasi utama iaitu India, Pakistan, PRC, EU, USA dan Negara-negara lain adalah dipengaruhi secara signifikan oleh permintaan eksport tertangguh, harga eksport Malaysia, harga minyak kacang soya, harga minyak sawi, harga eksport Indonesia, kegiatan aktiviti ekonomi negara dan bilangan penduduk. Seterusnya, hasil simulasi menunjukkan penurunan cukai eksport memberi kesan positif kepada eksport minyak kelapa sawit Malaysia khususnya. Manakala peningkatan harga minyak kacang soya mengurangkan permintaan eksport Malaysia di semua destinasi kecuali PRC. Kenaikan harga kacang soya telah melencungkan pemintaan kepada minyak kelapa sawit Indonesia sebagai pengganti yang lebih murah. Penurunan harga petroleum dunia pula meningkatkan permintaan eksport minyak kelapa sawit Malaysia di semua destinasi utama eksport dunia. Hasil peramalan pula mendapati kawasan bertanam sektor estet, stok, import, penggunaan domestik, eksport, harga domestik serta pengeluaran, eksport, penggunaan, stok dan harga domestik minyak kelapa sawit Indonesia akan meningkat pada tahun 2021. Manakala kawasan bertanam pekebun kecil, hasil sektor estet dan pekebun kecil, harga dunia dan harga eksport Malaysia akan berkurang pada tahun 2021. Implikasi dasar utama dari dapatan kajian ini mendapati cukai eksport yang rendah dapat membantu perletakan harga eksport yang rendah dan berdaya saing dan seterusnya menjana kepada permintaan eksport di semua destinasi utama. Di samping itu, pengurangan cukai juga dapat menjana kepada peningkatan dalam pengeluaran minyak kelapa sawit Malaysia. Dapatan kajian juga menjelaskan bahawa minyak kelapa sawit Indonesia berperanan sebagai pengganti atau penggenap kepada Malaysia dalam pasaran eksport tertentu. Justeru, kerjasama Malaysia dan Indonesia amat signifikan dalam menjamin kestabilan dan keharmonian dalam pasaran eksport bagi kedua-dua negara; bersaing dengan sihat bagi meneroka serta meluaskan pasaran seiring dengan peningkatan volum eksport minyak kelapa sawit dunia yang dijangkakan. Selain itu, kepelbagaian produk hiliran dan promosi kepada sasaran segmen pasaran berpendapatan tinggi dan berpengetahuan juga dapat dijadikan strategi utama oleh Malaysia untuk terus menembusi serta mengukuh pasaran minyak kelapa sawit dunia terutamanya di pasaran PRC dan USA.,Ph.D.
Pages: 365
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_80054+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
401.49 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.