Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485834
Title: Modal manusia usahawan dan prestasi industri kecil pembuatan di Jawa Tengah Indonesia
Authors: Muhammad Farid Wajdi (P24727)
Supervisor: Rahmah Ismail, Assoc. Prof. Dr.
Keywords: Modal manusia usahawan
Modal prestasi industri kecil
awa Tengah Indonesia
Human capital--Indonesia
Issue Date: 17-Feb-2011
Description: Objektif kajian ini ialah untuk menganalisis peranan pelbagai aspek pencapaian modal manusia usahawan dalam industri kecil pembuatan di Jawa Tengah ke atas prestasi firma. Modal manusia usahawan ditinjau daripada aspek pendidikan, latihan, pengalaman kerja, kemahiran, keusahawanan, dan jaringan. Prestasi firma ditinjau daripada dimensi kewangan meliputi penjualan dan keberuntungan, dan dalam dimensi bukan-kewangan meliputi aspek kecekapan, kualiti produk, dan kepuasan pelanggan. Dalam kajian ini indeks modal manusia dibentuk bagi melihat pencapaian modal manusia usahawan secara komposit, manakala indeks prestasi dibentuk bagi melihat prestasi firma kecil secara komposit. Penganggaran model regresi OLS digunakan dalam menganalisis impak peboleh ubah modal manusia ke atas prestasi industri kecil. Pencapaian modal manusia usahawan memainkan peranan penting dalam menentukan pencapaian prestasi firma. Pendidikan berperanan secara signifikan dalam meningkatkan prestasi keberuntungan dan kepuasan pelanggan. Sementara setiap jenis latihan memiliki peranan yang berbeza dalam mempertingkatkan aspek prestasi, dan latihan perlu kesesuaian dengan keperluan bisnes untuk lebih berkesan. Bagi usahawan, keseluruhan pengalaman, kemahiran, keusahawanan dan pemilikan jaringan dapat meningkatkan prestasi firma mereka. Begitu juga kemahiran interpersonal usahawan secara signifikan mempertingkatkan pelbagai aspek prestasi industri kecil. Kemahiran pembelajaran dan kemahiran di tempat kerja pula berperanan secara positif ke atas keberuntungan, kecekapan, kualiti produk, dan indeks prestasi. Di samping itu, keusahawanan berperanan secara positif dalam meningkatkan penjualan, kepuasan pelanggan, dan kualiti produk. Jaringan berperanan penting dalam meningkatkan prestasi penjualan, keberuntungan, dan indeks prestasi. Pencapaian indeks modal manusia usahawan kebanyakan berada pada kategori sedang, dan indeks modal manusia usahawan terbukti secara signifikan berperanan meningkatkan seluruh aspek prestasi dan indeks prestasi firma. Begitu juga pencapaian indeks prestasi firma pada umumnya dalam kategori sedang.,PhD
Pages: 343
Call Number: HD4904.7 .M848 2011
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74890+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.28 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.