Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485829
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRedzuan bin Othman, Prof. Madya Dr
dc.contributor.authorSiti Asiah binti Said (P20102)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:22Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:22Z-
dc.date.issued2011-08-15
dc.identifier.otherukmvital:74329
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485829-
dc.descriptionPelancongan merupakan antara industri yang paling pesat berkembang diperingkat global dalam tempoh lima dekad yang lalu terutamanya di negara maju dan juga di negara-negara sedang membangun termasuk Malaysia. Sehingga kini, industri pelancongan merupakan penjana perolehan tukaran asing kedua terpenting selepas industri pembuatan kepada negara ini. Untuk menjadikan industri pelancongan semakin penting diperingkat antarabangsa, pihak berkepentingan perlu mengetahui faktor-faktor utama (ekonomi dan bukan ekonomi) yang mempengaruhi kemasukan mereka ke negara ini. Kemasukan pelancong asing yang semakin ramai sudah tentu memberikan impak ekonomi yang begitu besar kepada ekonomi keseluruhannya. Justeru itu, kajian ini cuba menganalisis faktor yang mempengaruhi permintaan pelancong asing ke Malaysia dan impaknya terhadap ekonomi negara ini. Kajian ini dibuat dalam dua esei. Esei SATU menggunakan Model Kointegrasi dan Pembetulan Ralat (VECM). Keputusan kajian adalah konsisten dengan teori ekonomi. Sebahagian besar faktor iaitu pendapatan pelancong, harga pelancongan, tukaran asing, tambang penerbangan, keakraban dua negara (melalui jumlah eksport dan import) serta beberapa faktor dami (promosi dan gejala negatif) merupakan faktor penentu signifikan yang mempengaruhi permintaan pelancongan ke Malaysia. Esei DUA pula membincangkan impak industri pelancongan kepada ekonomi Malaysia dengan menggunakan analisis Input-Output (I-O). Industri pelancongan adalah industri yang kompleks dan mempunyai darjah saling bergantungan yang tinggi antara sub sektor terutamanya beberapa sub sektor utama iaitu makanan dan minuman, penginapan, membeli-belah, pengangkutan dan hiburan. Oleh itu pembangunan industri ini memberi impak yang cukup besar khasnya kepada sub-sektor dalam industri pelancongan. Untuk membincang secara menyeluruh impak industri pelancongan di Malaysia, kajian ini membuat satu analisis perbandingan Jadual Input-Output (I-O) daripada tahun 1991 dan 2000. Penekanan kajian ini akan diberikan kepada jumlah output dan rantaian kebelakang dan hadapan. Keputusan kajian menunjukkan sepuluh (10) industri terpenting yang menjadi ��key-industries�� dikenalpasti mempunyai pekali melebihi nilai purata impak. Industri pelancongan antarabangsa didapati menerima impak output, rantaian kebelakang dan rantaian hadapan paling tinggi diikuti oleh industri prosesan makanan, minuman dan tembakau; minyak, lemak sayuran dan haiwan; lain-lain pertanian termasuk ternakan; perdagangan borong dan runcit; pengangkutan, penyimpanan, dan komunikasi; perikanan; elektrik dan gas; kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan serta keluaran petroleum termasuk penapisan minyak dan arang batu. Industri-industri berkenaan dikategorikan sebagai industri dengan nilai positif pekali melebihi satu (1). Justeru, dengan impak yang positif ini membuktikan bahawa industri pelancongan memang amat berpotensi dan akan menjadi penjana yang semakin penting kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) ekonomi Malaysia pada masa hadapan.,PhD
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectImpak
dc.subjectIndustri pelancongan
dc.subjectEkonomi Malaysia
dc.subjectTourism -- Malaysia -- Economic aspects
dc.titleImpak industri pelancongan kepada ekonomi Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages345
dc.identifier.callnoG155 .M4.S593 2011
dc.identifier.barcode000438
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_74329+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.08 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.