Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485828
Title: | Analisis ekonomi impak alam sekitar dan budaya : kes pembangunan kelapa sawit di Provinsi Jambi Indonesia |
Authors: | Sri Walyoto (P29142) |
Supervisor: | Jamal bin Othman, Profesor Dr. |
Keywords: | Ekonomi Alam sekitar Budaya Kelapa sawit Provinsi Jambi Indonesia Economic development -- Indonesia |
Issue Date: | 30-Jun-2011 |
Description: | Tesis ini menganalisis dayamaju cadangan pembangunan perladangan kelapa sawit seluas 19,100 hektar di kawasan hutan Taman Nasional Bukit Duabelas (TNBD) di Provinsi (Negeri) Jambi, Indonesia. TNBD telah dikekalkan sebagai perlindungan budaya adat Suku Anak Dalam (SAD) di Indonesia. Komuniti SAD ialah satu suku pribumi yang unik, dipercayai sisa-sisa masa lampau Kerajaan Pagar Ruyung di Sumatera Barat. Kerangka penilaian ekonomi secara menyeluruh digunakan untuk menganggar faedah dan kos pembangunan kelapa sawit dengan mengambil kira impak alam sekitar dan budaya. Impak alam sekitar dan budaya yang dikaji merangkumi hakisan tanah, perlepasan karbon, dan budaya adat SAD. Kaedah pengiraan berdasarkan rumus dan Pindahan Faedah digunakan untuk menilai faedah dan kos pembangunan kelapa sawit, hakisan tanah dan perlepasan karbon. Kaedah Penilaian Kontingen dan Kos Perjalanan digunakan untuk menganggar nilai budaya SAD. Nilai budaya yang dianggar dalam kajian ini berdasarkan perspektif masyarakat SAD sendiri, masyarakat pengguna dan juga bukan pengguna. Teknik Kos Perjalanan digunakan untuk menganggar nilai rekreasi budaya dari perspektif masyarakat penguna. Dapatan kajian menunjukkan pada harga karbon US$5/tan dengan faktor diskaun sosial 8 peratus, Nilai Kini Bersih (NKB) pembangunan sawit negatif. Keputusan kajian mendasarkan faktor diskaun dan harga karbon yang sederhana mendapati pembangunan perladangan kelapa sawit di TNBD tidak berdayamaju. Kajian ini mendapati nilai kini kemerosotan nilai budaya impak daripada pembangunan perladangan kelapa sawit sebanyak US$472.55 per hektar. Nilai tersebut terdiri daripada nilai rekreasi US$18.4/hektar, nilai Budaya adat SAD US$25.12/hektar dan nilai bukan gunaan (NBG) US$429.3/hektar. Nilai budaya ini terkurang anggar kerana hanya mengambil kira masyarakat di Provinsi Jambi sahaja. Dapatan kajian juga memaparkan wujud masalah ekuiti sosial atau pertentangan kepentingan antara masyarakat yang mendapat faedah dengan masyarakat yang menanggung kos di Indonesia.,Ph.D |
Pages: | 306 |
Call Number: | HC447.S685 2011 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_74325+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 1.78 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.