Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485823
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohammad Adam Bakar, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorYuserrie Zainuddin (A2713)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:19Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:19Z-
dc.date.issued1998-01-03
dc.identifier.otherukmvital:3344
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485823-
dc.descriptionKajian lalu mendapati perilaku berdasarkan belanjawan (PBB) menghasilkan pelbagai keputusan bila melihat hubungan dimensi-dimensi PBB ke atas prestasi pengurus. Khususnya, dimensi PBB seperti penyertaan dalam belanjawan (PDB), kejelasan matlamat belanjawan (KMB), gaya penilaian belanjawan (GPB), komunikasi belanjawan (KB), dan kesukaran matlamat belanjawan (SMB) dikaitkan dengan prestasi pengurus. Hingga kini, beberapa hubungan antara dimensi-dimensi ini dengan prestasi masih banyak perlu dikaji. Ma&ala sistem kompensasi dalarn kajian belanjawan yang menggunakan kaedah siasatan masih kurang. Kajian ini mengkaji pengaruh PBB dan keberkesanan sistem kompensasi ke atas prestasi pengurus iaitu dari segi keberkesanan tugas, efisiensi kos, dan prestasi belanjawan. Tumpuan juga adalah untuk melihat kesan dua dimensi komitmen organisasi (iaitu komitmen afektif, dan komitmen kontinuan) sebagai pembolehubah pemoderat. Kajian ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif. Seramai 143 pengurus dan eksekutif yang terlibat dalam amalan belanjawan bagi industri pembuatan telah memberi maklum balas. Pengumpulan data menggunakan soal selidik yang berstruktur dikendalikan sendiri oleh pengkaji. Beberapa penemuan menyokong postulasi yang menyatakan wujudnya pengaruh PBB secara langsung ke atas prestasi. PDB didapati mempunyai pengaruh yang signifikan dan negatif ke atas keberkesanan tugas, dan efisiensi kos, dan positif ke atas prestasi belanjawan. KMB pula didapati mempunyai pengaruh signifikan yang negatif ke atas keberkesanan tugas, dan positif ke atas prestasi bclanjawan. Kajian ini juga mendapati KB hanya mempunyai pengaruh yang negatif ke atas efisiensi kos. Mar&ala SMB pula mempunyai pengaruh signifikan yang positif ke atas keberkesanan tugas dan efisiensi kos. Sementara itu keberkesanan sistem kompensasi (KSK) hanya mempengaruhi keberkesanan tugas pengurus. Analisis juga dibuat untuk mengesan peranan komitmen organisasi sebagai pemoderat di mana kesan interaksi antara nya dengan PBB dan KSK. Darinya didapati PDB mempunyai kesan interaksi dengan komitmen afektif ke atas ketiga-tiga dimensi prestasi. KMB pula berinteraksi secara signifikan dengan komitmen afektif ke atas keberkesanan tugas, dan efisiensi kos pengurus. Mar&ala, GPB mempunyai kesan interaksi dengan komitmen afektif ke atas keberkesanan tugas, dan efisiensi kos pengurus. Bagaimanapun, kajian ini mendapati SMB hanya mempunyai kesan interaksi dengan komitmen afektif ke atas prestasi belanjawan pengurus. Sebaliknya, komitmen kontinuan hanya didapati mempunyai kesan interaksi dengan gaya penilaian ke atas keberkesanan tugas pengurus. Oleh itu kajian ini mendapati komitmen afektif berperanan memoderatkan hubungan antara dimensi PBB dengan prestasi pengurus yang tertentu. Melihat kepada peranan KSK, kedua-dua dimensi komitmen organisasi didapati tidak mempunyai kesan interaksi ke atas ketiga-tiga dimensi prestasi pengurus. Walau bagaimanapun, kesan interaksi didapati wujud antara kompensasi dengan gaya penilaian ke atas efisiensi kos pengurus. Mar&ala kesukaran matlamat belanjawan pula didapati mempunyai kesan interaksi dengan kompensasi ke atas keberkesanan tugas, dan prestasi belanjawan.,Ph.D.
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectExecutives -- Training of
dc.subjectCompensation management
dc.subjectBudget
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh perilaku berdasarkan belanjawan dan sistem kompensasi ke atas prestasi pengurus
dc.typeTheses
dc.identifier.callnoHF5549.5.Y87 1998 tesis
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_3344+ABSTRACT+ABSTRACT.0.PDF
  Restricted Access
925.07 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open
ukmvital_3344+Source+Source.0.PDF
  Restricted Access
13.35 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.