Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485795
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorZulkefly Abdul Karim, Prof. Dr.
dc.contributor.authorNurliyana Mohd Basri (P62327)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:06:03Z-
dc.date.available2023-10-10T09:06:03Z-
dc.date.issued2022-04-20
dc.identifier.otherukmvital:130180
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485795-
dc.descriptionUpah merupakan indikator penting kepada produktiviti buruh yang memainkan peranan penting sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara. Di Malaysia, sektor pembuatan merupakan antara penyumbang utama nilai ditambah kepada Keluaran Dalam Negara Kasar dengan purata sebanyak 25 peratus untuk tempoh kajian dari tahun 2000 hingga 2015 (DOSM 2020). Walau bagaimanapun, sektor pembuatan berdepan dengan isu penurunan pertumbuhan produktiviti dan kenaikan upah yang sangat perlahan selain isu upah yang tidak berpadanan dengan produktiviti. Purata pertumbuhan produktiviti buruh menurun dari 2.7 peratus (2001-2005) kepada 2.0 peratus (2011-2015). Pertumbuhan upah pula adalah sangat perlahan dengan purata 0.5 peratus (2000-2005) kepada hanya 0.6 peratus (2011-2015) selain pertumbuhan yang lebih rendah berbanding produktiviti buruh sebelum tahun 2011. Disertasi ini membuat penambahbaikan kepada kajian lepas dengan; (1) memasukkan pemboleh ubah interaksi antara upah dan faktor industri spesifik, intensiti modal dan komposisi pekerja mahir, (2) mengkaji kesan tahap ambang upah, dan (3) menganalisis kesan kejutan upah ke atas produktiviti buruh dengan menggunakan model data panel dinamik. Data daripada industri sektor pembuatan di Malaysia yang merangkumi 37 industri pembuatan telah diperoleh daripada Penyelidikan Tahunan Industri Pembuatan yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia. Meskipun terdapat kajian lepas yang mengupas kesan upah terhadap produktiviti pekerja, tetapi tidak diketahui tentang pengaruh faktor intensiti modal, komposisi pekerja mahir dan faktor spesifik industri terpilih iaitu perbelanjaan latihan, perbelanjaan teknologi maklumat (IT), dan perbelanjaan penyelidikan dan pembangunan (R&D) ke atas kesan upah terhadap produktiviti buruh. Oleh itu, kaedah analisis panel heterogen dinamik (PMG) digunakan bagi mengkaji kesan upah ke atas produktiviti buruh dan merungkai peranan faktorfaktor tersebut ke atas impak upah terhadap produktiviti buruh dalam jangka pendek dan jangka panjang. Kelebihan penggunaan kaedah PMG adalah untuk mengatasi kekangan dalam kajian lepas yang tidak mengambil kira isu heterogeniti industri dalam jangka pendek. Penemuan baharu menunjukkan bahawa upah mempunyai kesan positif yang signifikan terhadap produktiviti buruh dalam jangka pendek dan panjang selaras dengan teori upah kecekapan yang menyatakan bahawa kenaikan dalam upah akan meningkatkan produktiviti buruh. Dapatan utama kajian juga membuktikan perbelanjaan latihan, perbelanjaan IT dan intensiti modal meningkatkan lagi kesan positif upah terhadap produktiviti dalam jangka pendek. Seterusnya, tahap ambang upah dalam sektor pembuatan yang telah dikenal pasti melalui analisis regresi ambang panel dinamik adalah sebanyak RM2,239 sebulan. Kesan ambang upah terhadap produktiviti buruh adalah positif tetapi adalah lebih kecil secara marginal selepas titik ambang bagi pekerja separuh mahir manakala kesan tersebut adalah tidak signifikan bagi pekerja mahir. Model panel vektor autoregresi (PVAR) pula dianggarkan untuk menganalisis kesan kejutan upah terhadap produktiviti pekerja melalui fungsi tindak balas impuls (IRF) dan menganalisis kuasa penerang terhadap produktiviti buruh menggunakan penguraian varians (FEVD). Hasil kajian menunjukkan bahawa kejutan dalam upah mempunyai kesan peralihan yang signifikan terhadap produktiviti dan kesan kumulatif yang positif untuk beberapa tahun. Di samping itu, kejutan dalam upah memberikan kesan terbesar kepada produktiviti buruh dibandingkan dengan kesan daripada kejutan dalam intensiti modal dan pekerja mahir. Implikasi daripada kajian ini memberikan beberapa cadangan. Pertama, penggubal dasar haruslah membuat penilaian semula terhadap keberkesanan perlaksanaan upah wajar yang sedia ada berdasarkan kesan upah dan kesan kejutan dalam upah terhadap produktiviti. Kedua, penetapan tingkat upah yang lebih sesuai mengikut komposisi kemahiran yang berbeza perlu diberikan penekanan dengan merujuk kepada penemuan kesan ambang upah. Ketiga, kepada pihak majikan, kenaikan upah perlulah dilakukan bersama-sama dengan peningkatan dalam perbelanjaan ke atas aset tetap, latihan dan IT untuk mendapatkan kesan positif yang lebih tinggi terhadap produktiviti terutamanya untuk industri peranti perubatan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectWages and labor productivity -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePengaruh upah ke atas produktiviti buruh dalam sektor pembuatan di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages189
dc.identifier.callnoHD4946.M3N847 2022 tesis
dc.identifier.barcode006751(2022)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_130180+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.