Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485793
Title: | Pemerkasaan ekonomi ummah tersisih melalui modal kerohanian dan instrumen wakaf |
Authors: | Nik Mohd Azim Nik Ab Malik (P65788) |
Supervisor: | Mohd Adib Ismail, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Waqf -- Malaysia Islam and state -- Malaysia Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 20-Apr-2022 |
Description: | Penyisihan sosial merupakan isu yang berkait rapat dengan masalah kemiskinan dan ketidaksamaan ekonomi. Oleh yang demikian kewujudan isu ini berupaya menjadi penghalang kepada prinsip utama dasar kerajaan seperti mana yang termaktub dalam Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) iaitu menangani ketidaksamaan kekayaan dan pendapatan dalam kalangan rakyat Malaysia. Di samping itu instrumen pembiayaan sosial Islam seperti wakaf mempunyai potensi besar untuk menjadi pelengkap kepada sektor kerajaan bagi memainkan peranan memperkasakan golongan yang mengalami penyisihan sosial. Antara platform yang ideal untuk memperkasakan golongan tersebut ialah melalui inkubator perniagaan wakaf. Oleh yang demikian kajian ini mempunyai tiga objektif iaitu mengkaji tentang faktor-faktor penentu penyisihan sosial menurut dimensi ekonomi di negeri-negeri terpilih dalam wilayah tengah Malaysia iaitu meliputi Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur dan Putrajaya), Selangor dan Negeri Sembilan, mengkaji peranan modal kerohanian dalam meningkatkan keupayaan ekonomi golongan yang mengalami penyisihan sosial dan mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi kesanggupan berwakaf tunai dalam kalangan penjawat awam dan swasta di negeri-negeri terpilih dalam wilayah tengah Malaysia bagi membangunkan inkubator perniagaan wakaf untuk golongan tersisih. Bagi memenuhi objektif pertama dan kedua, kajian ini telah menggunakan kaedah tinjauan melalui soal selidik serta teknik persampelan rawak mudah dalam memilih responden kajian dalam kalangan penerima bantuan am Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan zakat di negeri-negeri terpilih. Sebanyak 387 saiz sampel kajian yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan analisis regresi logistik. Berhubungan dengan objektif ketiga kajian pula, kajian ini telah menggunakan kaedah tinjauan soal selidik secara dalam talian melalui medium email berdasarkan teknik persampelan selesa (convenience sampling). Sebanyak 598 saiz sampel kajian yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan Partial Least Squares Structural Equation Modeling (PLS-SEM). Hasil kajian bagi objektif pertama menunjukkan bahawa terdapat tiga faktor yang menjadi penentu penyisihan sosial menurut dimensi ekonomi di negeri-negeri terpilih dalam wilayah tengah Malaysia. Faktor-faktor tersebut ialah modal kerohanian, tahap kemahiran dan status kesihatan. Bagi objektif kedua pula dapatan menunjukkan bahawa modal kerohanian secara signifikan berupaya meningkatkan keupayaan ekonomi golongan tersisih melalui akses ke dalam pasaran ekonomi arus perdana. Akhir sekali, hasil kajian bagi objektif ketiga pula mendapati bahawa faktor-faktor yang mempengaruhi secara langsung kesanggupan berwakaf tunai bagi membangunkan inkubator perniagaan wakaf untuk golongan tersisih ialah faktor altruis sejati, teknologi aplikasi pembayaran elektronik, kesan bandwagon dan promosi. Selain itu, kajian ini juga berjaya membuktikan wujud pemboleh ubah pengantara (mediator) yang menjadi penghubung antara pemboleh ubah altruis sejati dengan kesanggupan berwakaf tunai bagi membangunkan inkubator perniagaan wakaf untuk golongan tersisih. Pemboleh ubah pengantara itu adalah modal kerohanian pelaburan kerohanian dan modal kerohanian kecerdasan kerohanian. Berdasarkan dapatan kajian ini dua implikasi dasar utama yang boleh dikemukakan iaitu dasar yang berkaitan dengan pembangunan modal insan yang mengambil elemen kerohanian bagi membendung masalah penyisihan sosial daripada menjadi semakin meruncing pada masa depan dan dasar yang berkaitan dengan pemerkasaan aktiviti filantropi wakaf tunai dalam kalangan umat Islam di negara ini khususnya tujuan wakaf khas bagi membangunkan inkubator perniagaan wakaf untuk golongan tersisih.,Tesis ini tidak ada ��Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah��,Ph.D |
Pages: | 349 |
Call Number: | BP170.25.N535 2022 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_130178+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.01 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.