Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485789
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Mohid Rahmat, Dr.
dc.contributor.authorSiti Hajar Asmah Ali (P72642)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:05:57Z-
dc.date.available2023-10-10T09:05:57Z-
dc.date.issued2021-10-27
dc.identifier.otherukmvital:129836
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485789-
dc.descriptionTerdapat dua jenis pemegang saham dalam syarikat tertumpu iaitu pemegang saham mengawal (PSM) dan pemegang kepentingan bukan kawalan. Berbanding pemegang kepentingan bukan kawalan, PSM mempunyai pegangan saham pada kadar yang sangat signifikan malah turut memegang jawatan tertinggi dalam syarikat tertumpu. Dalam syarikat tertumpu, pegangan saham boleh dipegang menerusi pegangan secara langsung, tidak langsung dan gabungan keduanya yang dikenali sebagai pegangan saham piramid. Semua bentuk pegangan saham ini boleh dimanipulasikan oleh PSM untuk menyembunyikan identiti mereka serta penglibatan mereka dalam urusniaga pihak berkaitan (UPB). Juruaudit memainkan peranan yang sangat penting dalam memastikan UPB didedahkan sepenuhnya dalam penyata kewangan. Walau bagaimanapun, hubungan yang terbentuk antara juruauditklien (HJK) mungkin boleh menjejaskan keupayaan juruaudit untuk memastikan UPB dilaporkan mengikut keperluan pendedahan seperti yang dikehendaki oleh piawaian. Menurut Teori Rangkaian Sosial, tempoh hubungan kontrak yang panjang akan membina hubungan akrab antara pelaku yang membolehkan mereka memperoleh manfaat daripada hubungan tersebut. Oleh itu, HJK mungkin sengaja dirancang oleh PSM agar UPB dapat terus disembunyikan. Kajian lepas yang membincangkan tentang hubungan PSM dan UPB hanya tertumpu kepada bentuk pegangan saham secara langsung. Walau bagaimanapun, pegangan saham secara tidak langsung dan piramid adalah lebih kompleks dan perlu diberi perhatian. Oleh itu, kajian ini mempertimbangkan semua bentuk pegangan saham dalam mengkaji hubungan antara PSM dan UPB. Seterusnya, kajian ini menguji hubungan antara HJK dan UPB. Selain itu, kesan HJK sebagai pemoderat ke atas hubungan antara struktur pegangan saham oleh PSM dan UPB turut diuji. Kajian ini menggunakan Model Kesan Tetap ke atas sampel syarikat tersenarai di Bursa Malaysia dari tahun 2013 sehingga 2017. Hasil regresi menunjukkan PSM menggunakan semua jenis pegangan saham untuk membina HJK yang akrab. HJK didapati mampu meningkatkan pendedahan UPB dalam penyata kewangan. Walaupun PSM memanipulasi pegangan saham tidak langsung dan pegangan saham piramid untuk menyembunyikan UPB namun HJK didapati mampu meningkatkan pendedahan UPB. Manakala bagi PSM yang memegang saham secara langsung, HJK mengurangkan penglibatan PSM dalam UPB seterusnya mengurangkan pendedahan UPB yang berlaku. Hasil kajian ini dijangka dapat mendorong pihak berkuasa untuk mengambil langkah lebih progresif dalam menggalakkan pendedahan UPB terutamanya dikalangan syarikat tertumpu. Hasil kajian ini menyumbang kepada badan ilmu pengetahuan dengan membincangkan HJK menerusi pespektif baru, iaitu Teori Rangkaian Sosial. Dapatan kajian menunjukkan PSM mempengaruhi pelantikan juruaudit untuk membentuk HJK berterusan dengan memanipulasikan struktur pegangan saham yang kompleks. Struktur pegangan saham yang kompleks ini membolehkan PSM untuk menyembunyikan identiti sebagai PB seterusnya meneruskan penglibatan dalam UPB walaupun mempunyai HJK yang akrab. Namun begitu, HJK berterusan telah meningkatkan kemahiran juruaudit untuk mendominasi HJK serta meningkatkan pendedahan UPB. Kajian ini mencadangkan agar kajian lanjut mempertimbangkan dualiti oleh PSM mungkin mendorong PSM untuk membentuk HJK yang akrab agar UPB yang dijalankan dapat terus disembunyikan.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectStocks
dc.subjectAudit committees
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleStruktur pegangan saham oleh pemegang saham mengawal dan urusniaga pihak berkaitan : kesan moderasi hubungan juruaudit-klien
dc.typeTheses
dc.format.pages228
dc.identifier.callnoHG5750.6.A3.S568 2021 tesis
dc.identifier.barcode006712(2022)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129836+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.58 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.