Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485788
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosiati Ramli, Dr.
dc.contributor.authorSiti Fatimah Abdul Rashid (P89031)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:05:57Z-
dc.date.available2023-10-10T09:05:57Z-
dc.date.issued2021-10-25
dc.identifier.otherukmvital:129835
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485788-
dc.descriptionDalam membendung isu ketidakpatuhan, pentadbir cukai di Malaysia, iaitu Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) lebih memberi tumpuan kepada pendekatan penguatkuasaan berbanding pendekatan galakan. Di samping melibatkan kos pematuhan yang tinggi untuk jangka masa panjang, penekanan kepada aktiviti penguatkuasaan didapati memberi kesan negatif kepada motivasi intrinsik pembayar cukai yang patuh dan jujur, menjejaskan kepercayaan mereka serta dikhuatiri membentuk sikap negatif terhadap cukai. Justeru kajian ini secara khususnya cuba untuk mengenal pasti kesan penggunaan jenis-jenis kuasa pentadbir cukai dengan mengkaji hubungan antara kuasa pentadbir cukai (iaitu kuasa paksaan, persuasif, sah dan ganjaran), kepercayaan kepada pentadbir cukai (iaitu kepercayaan berdasarkan sebab dan kepercayaan tersirat), serta sikap dan emosi pembayar cukai (iaitu rintangan, menyerah dan komited) dengan pematuhan cukai (iaitu pematuhan kuatkuasa, kerjasama sukarela dan kerjasama komited). Kajian ini menggunakan soal selidik melalui mel ke atas 388 individu profesional di Malaysia yang dianggap mempunyai lebih peluang untuk memperoleh pendapatan daripada beberapa sumber berlainan menyebabkan mereka lebih terdedah untuk melakukan ketidakpatuhan dengan tidak melaporkan pendapatan tambahan mereka. Data tersebut dianalisis menggunakan Pemodelan Persamaan Berstruktur (SEM) menggunakan perisian AMOS di mana sebanyak 39 hipotesis kajian telah diuji. Keputusan mengesahkan bahawa selain daripada kuasa persuasif, kuasa ganjaran juga didapati memainkan peranan penting dalam mempengaruhi kerjasama sukarela pembayar cukai dan kerjasama komited pembayar cukai yang jujur, secara langsung dan juga melalui faktor kepercayaan. Kuasa paksaan didapati meningkatkan pematuhan kuatkuasa, namun merosakkan kepercayaan pembayar cukai yang patuh dan jujur, mengakibatkan penurunan dalam kerjasama komited mereka. Mengenai sikap dan emosi, kajian ini mendapati bahawa kuasa yang berbeza membentuk sikap dan emosi pembayar cukai yang berbeza menghasilkan motivasi pematuhan cukai yang berbeza. Kajian ini menyumbang kepada bidang penyelidikan cukai dari segi model dan bukti empirikal yang melibatkan kuasa pentadbir cukai terutamanya kuasa ganjaran di mana kajian lepas dalam konteks SSF dan SSF lanjutan adalah terhad. Kajian ini juga turut menyumbang dengan turut mengkaji bukan sahaja sikap kognitif, tetapi juga sikap afektif iaitu emosi yang didapati terhad dalam kajian lepas percukaian. Di samping itu, kajian ini juga menyumbang kepada pembentukan dasar dengan memberikan maklumat kepada pentadbir cukai, khususnya LHDNM tentang jenis kuasa yang perlu digunakan selari dengan ciri-ciri pembayar cukai dan persekitaran cukai yang wujud. Berdasarkan beberapa limitasi kajian, kajian ini mencadangkan kajian lanjutan supaya dijalankan menggunakan kaedah pengumpulan data yang berbeza seperti kaedah eksperimen dan temu bual. Di samping itu juga, kajian lanjutan juga disarankan menetapkan kriteria responden yang lebih ketat supaya responden yang dikaji mampu mewakili populasi kajian dengan lebih baik dan meyakinkan.,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana/Doktor Falsafah"
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectIncome tax -- Malaysia
dc.subjectTax administration and procedure -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleHubungan antara kuasa, kepercayaan, sikap kognitif dan emosi dengan pematuhan cukai individu di Malaysia
dc.typeTheses
dc.format.pages294
dc.identifier.callnoHJ4771.6.S568 2021 tesis
dc.identifier.barcode006711(2022)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_129835+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
7.48 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.