Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485787
Title: Impak tindakan airmatif dan pertumbuhan ekonomi kepada ketaksamarataan agihan ekuiti inter-etnik di Malaysia
Authors: Muhammad Najit Sukemi (P68326)
Supervisor: Shamsul Amri Baharuddin, Prof. Ulung Datuk Dr
Keywords: Economics -- Sociological aspects
Equity distribution
Ethnicity
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 31-May-2021
Description: Tindakan afirmatif sering dikonsepkan sebagai mekanisme penyelesaian konflik dalam situasi ketegangan etnik dan ketidakseimbangan sosio-ekonomi. Di Malaysia, tindakan afirmatif telah dilaksanakan sejak 1971 melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi dan ketidaksetaraan kekayaan antara etnik. Pengagihan semula ekuiti dilaksanakan bagi mencapai sasaran 30% ekuiti dimiliki Bumiputera, 40% bagi bukan-Bumiputera dan 30% bagi pemilikan asing pada tahun 1990. Setelah 40 tahun perlaksanaan tindakan afirmatif, Bumiputera masih gagal mencapai 30% pemilikan ekuiti dengan hanya 23.5% ekuiti sehingga 2011 berbanding 39.6% ekuiti dimiliki bukan Bumiputera. Ini mencetuskan persoalan mengenai keberkesanan tindakan afirmatif dalam menangani ketidaksetaraan kekayaan antara etnik. Objektif utama tesis ini bertujuan untuk menganalisis pencapaian perlaksanaan tindakan afirmatif dalam agihan semula ekuiti dan kesan pertumbuhan ekonomi kepada pemilikan ekuiti mengikut etnik di Malaysia. Tesis ini menganalisis perkembangan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia mengikut etnik, dan menilai keberkesanan Agensi Pemegang Amanah Bumiputera (BTA) yang bertanggungjawab untuk merapatkan jurang kekayaan. Daripada segi metodologi, kajian menggunakan data siri masa pemilikan ekuiti mengikut etnik dan BTA bermula dari 1969 hingga 2008. Data diuji menggunakan pendekatan Autoregrasi Lat Tertabur (ARDL) bagi mengenal pasti hubungan jangka-panjang dan pendek serta paras penyelarasan keseimbangan agihan ekuiti. Analisis deskriptif pula dilaksanakan bagi menganalisis perkembangan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia, serta menilai keberkesanan BTA dalam mencapai matlamat pemilikan ekuiti dan merapatkan jurang kekayaan. Hasil utama kajian mendapati: (a) perlaksanaan tindakan afirmatif mempengaruhi pemilikan ekuiti kesemua etnik secara signifikan dalam jangka pendek; (b) pertumbuhan ekonomi mempengaruhi pemilikan ekuiti kesemua etnik secara signifikan dalam jangka pendek, namun keupayaan pemilikan ekuiti Bumiputera sangat bergantung kepada pertumbuhan ekonomi berbanding tindakan afirmatif; (c) peratus penyelarasan keseimbangan agihan ekuiti bagi Melayu dan India adalah antara 0.43% hingga 0.49%, dan etnik Cina adalah 0.83% setahun; (d) terdapat peningkatan bilangan syarikat tersenarai di Bursa Malaysia mengikut etnik dari setahun ke setahun, membuktikan perlaksanaan tindakan afirmatif tidak mengganggu perkembangan perniagaan antara etnik; (e) BTA mempunyai pengaruh dalam meningkatkan pegangan ekuiti dan budaya melabur di kalangan Bumiputera terutamanya melalui Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan peranannya dalam mengurangkan jurang kekayaan antara Bumiputera; (f) agihan ekuiti antara etnik berdasarkan ekonomi yang berkembang, dan bukannya diambil atau dipindahkan hak atau bahagian Bukan Bumiputera kepada Bumiputera. Hasil kajian membuktikan perlaksanaan tindakan afirmatif berjaya mencorakkan agihan kekayaan antara etnik di Malaysia dan memberi manfaat kepada Bumiputera. Tesis ini turut melengkapkan penyelidikan empiris berkaitan tindakan afirmatif, terutamanya berkaitan agihan kekayaan antara etnik di Malaysia. Tesis ini menyumbang kepada bidang ekonomi pembangunan dengan mengkaji secara empiris kesan dasar afirmatif terhadap ketakseimbangan,Ph.D
Pages: 393
Call Number: HM548 .M834 2021 tesis
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_127749+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.65 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.