Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485783
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorIshak Yussof, Prof. Dr.
dc.contributor.authorRizqon Halal Syah Aji (P88855)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:05:54Z-
dc.date.available2023-10-10T09:05:54Z-
dc.date.issued2021-08-08
dc.identifier.otherukmvital:126873
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485783-
dc.descriptionPelaburan modal manusia sangat penting kepada pertumbuhan dan pembangunan ekonomi sesebuah negara termasuk di Indonesia. Sebagai negara dengan jumlah penduduk ke-empat terbesar di dunia, sangat penting untuk mengetahui pengaruh pelaburan pendidikan terhadap produktiviti pekerja di Indonesia. Jumlah penduduk, perbezaan demografi dan budaya di setiap provinsi serta perubahan pemerintahan boleh memberi kesan kepada pencapaian matlamat negara seperti yang tertulis dalam Perlembagaan Indonesia iaitu untuk mencerdaskan kehidupan bangsa. Selain itu, belanjawan kerajaan sebesar 20 peratus daripada jumlah keluaran dalam negara kasar (KDNK) Indonesia untuk pendidikan yang telah diwajibkan sejak tahun 2009 juga belum menunjukkan hasil yang memuaskan jika dilihat antaranya dari aspek pencapaian Indeks Pembangunan Manusia (HDI) Indonesia yang masih rendah. Kajian ini memfokuskan kepada pelaburan pendidikan awam di Indonesia dalam sektor ekonomi utama iaitu pertanian, perkhidmatan dan pembuatan di sepanjang tiga tempoh masa pemerintahan iaitu Orde Baru (1980-1997), Orde Transisi (1998-2009) dan Orde Reformasi (2010-2018). Sumber data utama dalam kajian ini adalah data panel bagi setiap provinsi di Indonesia yang diperolehi daripada agensi Badan Pusat Statistik (BPS) dari tahun 1980 hingga 2018. Jumlah provinsi yang diliputi dalam kajian ini adalah berdasarkan sektor ekonomi di setiap provinsi, dengan sektor pertanian melibatkan 14 provinsi, sektor perkhidmatan pula membabitkan 21 provinsi dan sektor pembuatan sebanyak 22 provinsi. Perbezaan data dalam kajian ini wujud kesan daripada jumlah provinsi dan sektor ekonomi dominan yang baru berdasarkan kepada data BPS. Kajian ini menggunakan kaedah analisis panel ARDL dan model dinamik. Produktiviti pekerja yang merupakan pemboleh ubah bersandar kajian ini diwakili oleh dua proksi iaitu KDNK per kapita per pekerja untuk objektif satu dan tiga, manakala proksi untuk objektif kedua adalah upah pekerja mengikut sektor ekonomi. Pembolehubah tidak bersandar dalam kajian ini adalah pelaburan pendidikan yang diwakili oleh enrolmen pendidikan peringkat sekolah rendah (SD), sekolah lanjutan tingkat pertama (SLTP), sekolah lanjutan tingkat atas (SLTA) dan Pendidikan Tinggi (PT) serta pemboleh ubah kawalan/kontrol iaitu Total Partisipasi Angkatan Kerja (TPAK). Hasil kajian menunjukkan bahawa semua tahap pendidikan di Indonesia mempunyai hubungan yang signifikan terhadap peningkatan produktiviti pekerja dalam jangka masa panjang. Situasi yang sama ditunjukkan dalam jangka masa pendek iaitu tahap pendidikan mempengaruhi secara langsung produktiviti pekerja kecuali tahap pendidikan SLTP. Ujian Joint Effect yang menggunakan ujian Wald turut membuktikan bahawa semua tahap pendidikan di Indonesia sangat mempengaruhi produktiviti pekerja. Selain itu, terdapat hubungan yang positif antara tahap pendidikan dengan produktiviti tiga sektor ekonomi utama di Indonesia iaitu pertanian, perkhidmatan dan pembuatan. Berdasarkan tempoh masa pemerintahan pula, hasil kajian mendapati bahawa terdapat perbezaan yang ketara antara tahap pendidikan dengan produktiviti pekerja dalam Orde Baru (1980-1997), Orde Transisi (1998-2009) dan Orde Reformasi (2010-2018). Secara keseluruhan, pelaburan pendidikan di Indonesia mempengaruhi produktiviti pekerja dalam sektor pertanian, perkhidmatan dan pembuatan di sepanjang tempoh Orde Baru, Orde Transisi dan Orde Reformasi. Implikasi dasar kajian ini antara lain mencadangkan bahawa kerajaan Indonesia perlu terus melaksanakan undang-undang dasar 1945 pasal 31 ayat 4 iaitu memperuntukan belanjawan pendidikan secara terarah selari dengan keperluan sektor ekonomi negara.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectPelaburan pendidikan -- Indonesia
dc.subjectProduktiviti
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titlePelaburan pendidikan dan produktiviti pekerja mengikut sektor dan provinsi di Indonesia
dc.typeTheses
dc.format.pages175
dc.identifier.barcode006490(2021)
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126873+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.96 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.