Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485782
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Ruzita Abdul Rahim, Prof. Madya Dr. | - |
dc.contributor.author | Adilah A. Wahab (P99716) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:05:54Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:05:54Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-13 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:126871 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485782 | - |
dc.description | Pendedahan mata wang asing (FX) merupakan satu risiko yang dihadapi syarikat khususnya apabila transaksinya melibatkan aliran tunai dalam FX. Pengurusan pendedahan FX yang tidak efisien mampu menjejaskan keuntungan dan nilai syarikat. Menurut teori kos terkurang pelaburan, syarikat terpaksa melepaskan peluang pelaburan apabila aliran tunainya tidak menentu akibat faktor seperti pendedahan FX. Teori tersebut juga menjelaskan antara strategi utama bagi menstabilkan aliran tunai adalah amalan lindung nilai. Dalam konteks kajian empirikal terhadap hubungan antara amalan lindung nilai dengan pendedahan FX, sehingga kini tiada kajian yang menggunapakai indikator pendedahan FX yang selari dengan definisi pendedahan FX, iaitu ketidaktentuan aliran tunai akibat perubahan di luar jangka dalam kadar tukaran FX. Walhal, mulai tahun 2010 syarikat tersenarai di Malaysia telah diwajibkan untuk melaporkan maklumat tersebut, iaitu aliran tunai asing (FCF) di bawah Perkara 31, 36 atau 37. Kajian ini mengisi jurang dalam literatur korporat kewangan dengan menguji peranan pendedahan FX berasaskan FCF dalam keputusan syarikat mengamalkan lindung nilai. Memandangkan sebahagian besar syarikat tersenarai berstatus patuh Shariah, kesan status tersebut terhadap amalan lidung nilai syarikat juga dikaji kerana instrumen lindung nilai konvensional dikatakan melanggar hukum al-sarf yang menyebabkan riba' an-nashiya kerana derivatif konvensional melibatkan pertukaran mata wang dibuat pada suatu masa hadapan. Secara khusus, kajian ini mempunyai objektif berikut; 1) menguji keberkesanan indikator FX berasaskan FCF berbanding ukuran pendedahan FX lain dalam menghasilkan model amalan lindung nilai yang tepat, 2) mengkaji hubungan antara indikator-indikator pendedahan FX dengan amalan lindung nilai, 3) mengkaji kesan status Shariah terhadap amalan lindung nilai, dan 4) menguji kesan amalan lindung nilai terhadap nilai syarikat. Kajian ini menggunakan data daripada 250 syarikat tersenarai bukan kewangan (70% daripanya berstatus Shariah) untuk tempoh dari 2010 hingga 2018. Kajian ini mengukur amalan lindung nilai dengan status lindung nilai dan nilai nosional kontrak derivatif. Sesuai dengan jenis variabel bersandar dan ciri data, hipotesis kajian diuji menggunakan regresi logistik dan sistem kaedah dinamik panel momen teritlak (sistem GMM). Dapatan kajian menunjukkan indikator pendedahan FX berasaskan FCF (khususnya jumlah dan nilai bersih FCF) merupakan indikator pendedahan FX yang berkesan. Kedua-dua indikator pendedahan FX berasaskan FCF tersebut juga mempengaruhi amalan lindung nilai syarikat, malah lebih besar kesannya apabila diuji bersama nisbah jualan asing. Sementara itu, hasil regresi logistik menunjukkan status Shariah positif dan signifikan terhadap amalan lindung nilai. Penemuan ini menyarankan kecenderungan syarikat patuh Shariah mengamalkan lindung nilai walaupun alat lindung nilai konvensional melanggar syarak. Keputusan kajian seterusnya membuktikan amalan lindung nilai mempunyai kesan positif terhadap nilai syarikat. Secara keseluruhan, kajian ini menyokong teori terkurang pelaburan, yakni syarikat mengamalkan lindung nilai apabila mengalami pendedahan FX, dan kestabilan aliran tunai seterusnya meningkatkan nilai syarikat melalui kemampuannya membuat pelaburan. Tiga implikasi penting kajian, iaitu pertamanya, syarikat wajar memberi lebih perhatian kepada pendedahan FX berasaskan FCF untuk membuat keputusan mengamalkan lindung nilai. Kedua, kecenderungan syarikat patuh Shariah mengamalkan lindung nilai perlu diberi perhatian oleh pihak penggubal dasar kerana penggunaan alat lindung nilai konvensional mampu menjejaskan status patuh Shariah mereka. Ini kerana untuk mengekalkan status patuh Shariah, syarikat perlu menghadkan sumbangan dari aktiviti perniagaan dan kewangan yang jelas haram dan riba kepada lima peratus sahaja. Ketelusan dalam melaporkan penggunaan alat lindung nilai Islam atau konvensional adalah penting bagi mengukuhkan institusi kewangan Islam di Malaysia dan meningkatkan kepercayaan pelabur. Ketiga, dapatan kajian menyarankan kepentingan diwujudkan dasar yang jelas dan alat lindung nilai Islam yang berkesan kerana terbukti amalan lindung nilai ini dapat meningkatkan nilai syarikat.,Ph.D | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Bangi | - |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Mata wang asing | - |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Peranan indikator pendedahan mata wang asing dan status patuh shariah terhadap lindung nilai serta kesannya kepada prestasi syarikat bukan kewangan Malaysia | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 295 | - |
dc.identifier.barcode | 006488(2021) | - |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126871+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 618.23 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.