Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485780
Title: Pengaruh automasi proses robotik (APR) terhadap unit perakaunan dan kewangan di industri perkhidmatan perniagaan global
Authors: Dahlia Fernandez Mohd Farid Fernandez (P89013)
Supervisor: Aini Aman, Prof. Dr.
Keywords: Automasi Proses Robotik (APR)
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 17-May-2021
Description: Organisasi menggunakan pelbagai alat automasi untuk memudahkan tugas mereka. Salah satu alat automasi yang digunakan adalah Automasi Proses Robotik (APR). APR didefinisikan sebagai aplikasi teknologi yang menggunakan alat perisian untuk berinteraksi dengan sistem yang sedia ada dan menggantikan manusia bagi memudahkan dan meningkatkan produktiviti pekerjaan tersebut. APR semakin mendapat perhatian kerana ia berpotensi untuk meningkatkan keberkesanan tugasan, mengurangkan kos, dan meningkatkan daya saing organisasi. Namun, sesetengah organisasi melaksanakan teknologi baru disebabkan oleh ikutan semasa dan ianya mungkin tidak selaras dengan proses organisasi itu sendiri dan budaya organisasi yang unik. Setakat ini, kajian yang meneroka isu APR di dalam konteks industri Perkhidmatan Perniagaan Global (PPG) masih terhad. Oleh itu, tujuan kajian ini adalah untuk memahami pengaruh APR terhadap unit perakaunan dan kewangan di industri PPG menggunakan lensa logik institusi. Rekabentuk kajian yang digunakan di dalam kajian ini adalah rekabentuk kualitatif, pendekatan penafsiran, kajian kes penerangan, dan kajian kes tunggal di salah satu firma PPG terbesar iaitu Shell Business Service Centre Sdn. Bhd. Hasil kajian menunjukkan bahawa APR memberikan pengaruh yang besar terhadap individu dan organisasi di dalam unit perakaunan dan kewangan. Antaranya adalah, APR memberikan pelbagai manfaat dari segi peningkatan keberkesanan proses kerja serta pengurangan kos kerja. Namun, pengenalan teknologi baru dalam organisasi mewujudkan persaingan antara manusia dan robot di mana terdapat masalah dari segi penerimaan pekerja. Walaubagaimanapun, tugasan yang memerlukan pertimbangan manusia tidak dapat digantikan sepenuhnya oleh robot dan hanya dapat dilakukan oleh manusia. Selain itu, kemahiran perakaunan dan kewangan menjadi semakin penting disebabkan skop tugasan di dalam profesion ini menjadi semakin mencabar. Kajian ini juga mendapati bahawa APR boleh mengubah stigma PPG apabila ia membantu untuk membuatkan tugasan di dalam profesion ini menjadi lebih menarik dan memberikan pekerja pengalaman yang lebih berharga. Disamping itu, pekerja tidak lagi harus bekerja lebih masa dan mempunyai lebih masa untuk diri sendiri yang membawa kepada faedah dari segi keseimbangan kerja dan kehidupan. Secara praktikal, kajian ini membantu di dalam memberikan gambaran di dalam proses perancangan dan pengurusan APR bagi organisasi yang sedang atau akan mempertimbangkan penggunaan APR. Manakala secara teoritikal, kajian ini menyumbang kepada literatur mengenai pengaruh APR di dalam industri PPG dan unit perakaunan dan kewangan menggunakan lensa logik institusi.,Ph.D
Pages: 291
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_126868+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
542.41 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.