Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485777
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norlin Khalid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Sharmila Thinagar (P85960) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:05:52Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:05:52Z | - |
dc.date.issued | 2021-08-27 | |
dc.identifier.other | ukmvital:126257 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485777 | - |
dc.description | Saham Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) telah diklasifikasikan sebagai salah satu aset paling bernilai dan sesuai untuk diberikan dalam kepelbagaian portfolio dan sering dianggap sebagai kepelbagaian portfolio yang sesuai. Matlamat utama REIT adalah untuk memberi pelabur modal kecil akses kepada pelaburan harta tanah komersial. Ini kerana, sebelum penubuhan REIT, pelabur individu atau kecil sering melabur dalam harta tanah kediaman. Walaubagaimana pun, wujud masalah apabila kemeruapan makroekonomi mengakibatkan kemeruapan pasaran REITs yang seterusnya menyebabkan peningkatan risiko dan ketidakstabilan dalam ekonomi. Oleh kerana hubungan antara kemeruapan pasaran REITs dan kemeruapan makroekonomi tidak diketahui dengan jelas, pelabur tidak mempunyai maklumat yang mencukupi berkaitan tindak balas pasaran REITs terhadap risiko makroekonomi. Perkara ini boleh menyebabkan kerugian besar bagi pasaran REITs di Asia Pasifik kerana keengganan para pelabur untuk melabur. Oleh itu, tanpa memahami hubungan antara kemeruapan REITs dan kemeruapan makroekonomi, peranan REITs di negara tertentu tidak dapat dijelaskan dalam kepelbagaian portfolio domestik. Perkara ini juga membuatkan pembuat dasar gagal mengawal arah, magnitud dan kestabilan ekonomi yang boleh diselaraskan dengan faktor makroekonomi. Walaupun beberapa kajian telah dilakukan dalam konteks pasaran REITs, khususnya pasaran matang iaitu Amerika Syarikat, masih terdapat kekurangan tumpuan di Asia Pasifik pada pasaran mantap (Australia, Hong Kong, Jepun dan Singapura), pasaran membangun (Malaysia) dan pasaran baru (Taiwan) REITs untuk pelabur mendapatkan gambaran keseluruhan mengenai pasaran REITs di rantau ini. Justeru itu, tujuan kajian ini adalah untuk menggunkan faktor makrokeonomi terpilih untuk memodelkan penentu pulangan lebihan REITs di pasaran Asia Pasifik. Untuk mencapai objektif pertama, analisis komponen utama (PCA) digunakan untuk mengenal pasti faktor makroekonomi yang mewakili setiap komponen utama yang dipilih berdasarkan Kriteria Kaiser. Objektif kedua bertujuan untuk menganggarkan kemeruapan REITs dan komponen utama yang mewakili pemboleh ubah makroekonomi yang dikenal pasti dalam objektif pertama. Bagi mencapai objektif kedua, dengan menggunakan hasil dapatan kajian dari PCA, setiap prinsipal komponen dan pulangan lebihan REITs dianalisis dengan menggunakan model Heteroskedastisiti Bersyarat Autoregresif (ARCH) atau Heteroskedastisiti Bersyarat Autoregresif Teram (GARCH). Objektif ketiga pula bertujuan menganalisis kesan kemeruapan faktor makroekonomi terpilih terhadap pulangan lebihan dan kemeruapan REITs. Bagi mencapai objektif ketiga, ralat-ralat (residuals) yang dianggarkan di bawah model ARCH dan GARCH digunakan sebagai proksi untuk faktor risiko makroekonomi dalam kaedah momen teritlak (GMM). Objektif keempat bertujuan untuk menentukan pasaran REITs yang menjadi peneraju limpahan kemeruapan (leader) dan pasaran yang menjadi pengikut kesan limpahan (follower) dengan mengunakan kaedah arah sebab-menyebab Granger. Dapatan kajian untuk objektif pertama melaporkan bahawa analisis PCA menunjukkan pemboleh ubah makroekonomi mempunyai kolerasi dengan komponen prinsipal telah dikenalpasti dan hasilnya berbeza untuk setiap pasaran. Kedua, hasil anggaran ARCH atau GARCH menunjukkan bahawa setiap kemeruapan pulangan pasaran REITs Asia Pasifik dan kemeruapan setiap komponen yang dikenal pasti adalah berbeza untuk setiap pasaran. Ketiga, hasil analisis GMM melaporkan wujud perbezaan yang signifikan, serta arah kesan dalam faktor risiko makroekonomi terhadap pasaran REITs Asia Pasifik. Tambahan pula, hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat hubungan arah sebab-menyebab dua hala antara pasaran mantap iaitu Singapura dan Jepun serta Singapura dan Austalia. Selanjutnya, hubungan dua hala wujud antara pasaran baru muncul dan baru, iaitu Malaysia dan Taiwan. Hasilnya menunjukkan bahawa pasaran mantap (Australia, Jepun, Hong Kong dan Singapura) sebagai peneraju dalam pasaran REITs sedangkan pasaran membangun dan baru (Malaysia dan Taiwan) bertindak sebagai pengikut pasaran REITs. Kajian memberikan implikasi dasar yang signifikan bagi penggubal polisi untuk menstabilkan ekonomi, mengurangkan kemeruapan dan menyumbang kepada pertumbuhan pasaran REITs. Justeru, hasil kajian ini penting untuk para pelabur membuat keputusan pelaburan berisiko, serta sebagai lindung nilai untuk meramalkan risiko dan mengembangkan strategi lindung nilai.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Saham Amanah Pelaburan Hartanah (REITs) -- Asia Pasifik | |
dc.subject | Pelaburan hartanah | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Kadar pulangan dan kemeruapan saham amanah pelaburan hartanah (REITS) di negara Asia Pasifik terpilih | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 136 | |
dc.identifier.barcode | 006406(2021) | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_126257+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.11 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.