Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485769
Title: | Kesan tingkah laku buli dalam pasukan kerja terhadap prestasi dan inovasi : kepercayaan, kesepaduan dan konflik sebagai pengantara |
Authors: | Sharul Azlan Maulod (ZP01365) |
Supervisor: | Rasidah Arshad, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | Buli Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 8-Apr-2021 |
Description: | Tingkah laku buli di tempat kerja merupakan satu tingkah laku tidak produktif yang bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan pekerja tetapi juga organisasi. Sehingga hari ini, terdapat banyak kajian berkenaan tingkah laku buli di tempat kerja dijalankan, tetapi kebanyakan daripada kajian tersebut tertumpu kepada tahap individu. Walaupun literatur menunjukkan kemungkinan wujudnya perbezaan tingkah laku apabila pekerja bekerja secara individu dibandingkan dengan bekerja dalam pasukan kerja, dan kepentingan kerja berpasukan kerja dalam konteks organisasi hari ini, kajian tingkah laku buli dalam pasukan kerja masih kurang diberi perhatian oleh penyelidik. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk menyiasat hubungan langsung antara tingkah laku buli dalam pasukan kerja dengan prestasi dan inovasi pasukan kerja, dan hubungan tidak langsung menerusi kepercayaan dalam pasukan kerja, kesepaduan dalam pasukan kerja dan konflik dalam pasukan kerja sebagai pengantara bagi hubungan antara kedua-dua pemboleh ubah tersebut. Secara teorinya, hubungan di antara pemboleh ubah-pemboleh ubah tersebut boleh diterangkan oleh teori pemuliharaan sumber, teori penentuan kendiri dan teori identiti sosial. Untuk menguji hipotesis, data dikumpulkan daripada pasukan kerja dari organisasi MARA. Sampel kajian terdiri daripada 96 pasukan kerja yang diwakili oleh seramai 480 ahli pasukan kerja sebagai responden kajian. Seterusnya, pengujian hipotesis dijalankan menggunakan kaedah model persamaan berstruktur Partial Least Squares (PLS-SEM). Dapatan menunjukkan wujud hubungan langsung yang signifikan antara tingkah laku buli dalam pasukan kerja dengan prestasi dan inovasi pasukan kerja dan hubungan tidak langsung melalui kepercayaan dalam pasukan kerja sebagai pengantara. Bertentangan dengan jangkaan, kajian ini mendapati bahawa kesepaduan dan konflik dalam pasukan kerja tidak berperanan sebagai pengantara kedua hubungan tersebut. Kajian ini menyumbang kepada literatur dengan membuktikan bahawa, dalam konteks pasukan, tingkah laku buli dalam pasukan kerja dapat meningkatkan prestasi dan inovasi pasukan. Pada masa yang sama, tingkah laku buli yang berlaku dalam pasukan juga didapati memudaratkan kepercayaan pasukan, yang akhirnya, akan memberi kesan negatif terhadap prestasi dan inovasi pasukan. Manakala secara praktikalnya pula, dapatan daripada kajian ini memberi gambaran kepada pihak organisasi untuk mengambil langkah proaktif bagi membendung gejala negatif ini daripada memberi kesan yang buruk dalam jangka panjang menerusi siri taklimat, latihan dan program pembangunan untuk kakitangan agar kakitangan dapat bekerja dalam suasana yang sihat, selamat dan menggembirakan. Akhirnya, dengan cara ini, pihak organisasi dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan dan produktiviti organisasi.,Ph.D |
Pages: | 210 |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_125952+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 1.76 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.