Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485763
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd. Azlan Shah Zaidi, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Syahrin Suhaimee (P86773) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:05:46Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:05:46Z | - |
dc.date.issued | 2021-03-03 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124033 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485763 | - |
dc.description | Ketaksamaan pendapatan di Malaysia dilihat mengalami peningkatan dan penurunan sepanjang 50 tahun yang lepas dipengaruhi pelbagai faktor yang berhubung kait secara kompleks dan dinamik seperti faktor modal manusia (pendidikan, kesihatan), guna tenaga dan pembangunan kewangan. Setelah peruntukan besar disalurkan ke atas pembangunan sektor pendidikan, kesihatan, guna tenaga dan kewangan, agihan pendapatan di Malaysia masih tidak seimbang terutamanya antara kumpulan isi rumah, etnik dan strata. Faktor yang dominan mempengaruhi ketaksamaan pendapatan masih belum diketahui disebabkan hubungan yang dinamik dan berbalik antara faktor modal manusia, guna tenaga dan pembangunan kewangan. Oleh yang demikian, model dinamik dibina untuk mengkaji perubahan modal manusia, kesihatan, pembangunan kewangan dan ketaksamaan pendapatan menggunakan kaedah Permodelan Sistem Dinamik untuk tempoh 1970 hingga 2050. Kajian ini menganalisis hubungan dinamik dan berbalik antara faktor pendidikan, kesihatan, guna tenaga, pembangunan kewangan dan ketaksamaan pendapatan. Kemudian, kajian ini mengkaji hubungan langsung dan tidak langsung melalui reka bentuk senario dan simulasi perubahan tahap pendidikan, guna tenaga mahir, jangka hayat, perbankan, pasaran saham, aktiviti kewangan, saiz kewangan dan pendalaman kewangan ke atas keseluruhan model secara dinamik. Dapatan kajian menunjukkan kewujudan 16 hubungan dinamik dan berbalik antara pemboleh ubah pendidikan, kesihatan, guna tenaga, pembangunan kewangan dan ketaksamaan pendapatan dan 31 hubungan kesan langsung terbentuk dalam keseluruhan model dengan 15 hubungan berkadar terus, 14 berkadar songsang dan dua hubungan tidak linear. Keputusan simulasi menunjukkan peningkatan ketaksamaan pendapatan melalui pekali Gini memberikan impak yang besar dalam menurunkan KDNK, enrolmen sekolah rendah dan tertiari, jangka hayat, tenaga buruh mahir dan separa mahir, namun turut meningkatkan syer pendapatan buruh, prestasi pasaran saham dan tenaga buruh kurang mahir. Simulasi peningkatan saiz kewangan memberi kesan paling besar ke atas penurunan pekali Gini, namun simulasi peningkatan prestasi perbankan memberikan kesan lebih baik ke atas KDNK, syer pendapatan buruh, guna tenaga mahir dan enrolmen tertiari. Secara keseluruhan, peningkatan indikator pembangunan kewangan memberikan impak yang lebih besar kepada kesaksamaan pendapatan berbanding kesan peningkatan modal manusia dan guna tenaga. Walau bagaimanapun, dalam menuju negara maju yang berintensifkan modal dengan agihan pendapatan yang seimbang, Kerajaan perlu terus meningkatkan pendidikan dan tenaga kerja mahir. Peningkatan tahap pendidikan perlu selari dengan peningkatan tenaga kerja mahir untuk mengelakkan kadar pengangguran graduan tertiari yang tinggi.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Kemiskinan | |
dc.subject | Pembangunan Kewangan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Modal manusia, guna tenaga, pembangunan kewangan dan ketaksamaan pendapatan di Malaysia: permodelan sistem dinamik | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 195 | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124033+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 3.04 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.