Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485762
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Norlin Khalid, Prof. Madya Dr. | |
dc.contributor.author | Muhamad Rias K V Zainuddin (P90535) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T09:05:45Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T09:05:45Z | - |
dc.date.issued | 2021-01-26 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124032 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485762 | - |
dc.description | Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) merupakan antara blok perdagangan terbesar di dunia dan dilihat penting kepada ahli ASEAN dalam meluaskan pasaran produk ASEAN dan memesatkan pertumbuhan ekonomi ASEAN. Meskipun perjanjian RCEP telah dimeterai pada November 2021, pelaksanaan variasi halangan perdagangan dalam kalangan negara ahli berpotensi menjejaskan manfaat perjanjian tersebut. Justeru pemahaman yang mendalam terhadap keadaan sekatan perdagangan semasa, implikasi sekatan ini ke atas perdagangan RCEP dan sektor yang mempunyai potensi pertumbuhan adalah sangat penting dalam memastikan kejayaan integrasi ekonomi ini. Meskipun banyak kajian telah dijalankan dalam menganalisis impak halangan perdagangan, masih kurang penekanan diberikan dalam menganalisis dalam konteks RCEP. Pengamatan kajian lepas juga menunjukkan kurang penekanan diberikan terhadap impak pengukuran bukan tarif (PBT) ke atas perdagangan sub-sektor. Justeru, kajian bertujuan menganalisis pelaksanaan halangan perdagangan semasa yang meliputi tarif dan PBT dan impaknya terhadap aliran perdagangan subsektor ahli RCEP. Kajian mengenal pasti faedah berbanding mengikut sektor dalam kalangan ahli negara RCEP dan bagaimana perjanjian perdagangan mempengaruhinya. Bagi mencapai objektif pertama iaitu menghitung kesetaraan ad valorem (AVE) bagi PBT teknikal dan bukan teknikal dan seterusnya membentuk indeks kekangan perdagangan terimbuh (ATRI) bagi ahli RCEP dan rakan dagangan, kajian telah melakukan penganggaran dua peringkat. Kajian menjalankan regresi Probit pada peringkat pertama dan meneruskan dengan regresi Kebarangkalian Maksimum Poisson Pseudo (PPML) pada peringkat kedua dalam menghitung ATRI mengikut negara dan sektor. Objektif kedua iaitu menganalisis impak halangan perdagangan yang dilaksanakan negara pengimport ke atas eksport ahli negara RCEP mengikut sektor dilakukan dengan menggunakan model graviti terimbuh dan kaedah PPML. Objektif ketiga iaitu mengenal pasti sektor yang berpotensi dalam setiap negara RCEP dan mengkaji implikasi perjanjian perdagangan bebas lepas terhadap daya saing ahli RCEP, kajian telah menghitung faedah berbanding ternyata simetri (RSCA) statik dan dinamik bagi setiap ahli RCEP. Kajian juga menguji kestabilan RCA menggunakan kaedah regresi Galtonian. Hasil kajian mendapati halangan perdagangan bukan tarif telah meningkatkan tingkat halangan perdagangan bagi ahli RCEP dan negara lain. Kajian juga mendapati bahawa sektor pertanian berasaskan makanan mempunyai halangan perdagangan yang tertinggi berbanding sektor lain. Dalam penganggaran impak halangan perdagangan, kajian mendapati bahawa ATRI telah menjejaskan eksport dua hala bagi sektor logistik. Tambahan pula, hasil kajian mendapati AVE bagi PBT teknikal mempunyai kesan negatif bagi keseluruhan sektor, sektor kesihatan dan sektor pembuatan lain. Namun demikian, bagi PBT bukan teknikal, terdapat kesan positif bagi keseluruhan sektor dan sektor pembuatan lain. Perkara ini menunjukkan bahawa PBT bukan teknikal juga berupaya meningkatkan eksport dua hala jika pelaksanaannya menyebabkan persaingan yang lebih tinggi dan mempengaruhi keputusan untuk berdagang. Selain itu, kajian mendapati bahawa pemboleh ubah dami bagi kesemua FTA adalah positif dan perkara ini menyokong idea bahawa FTA meningkatkan lagi perdagangan dua hala antara negara anggota RCEP tersebut. Hasil pengiraan RSCA mendapati bahawa terdapat turun naik dalam faedah berbanding yang diperoleh ahli RCEP merentasi masa. Hasil regresi Galtonian menunjukkan bahawa secara keseluruhan, nilai RSCA yang diperoleh adalah stabil dan pengkhususan sedia ada telah semakin kukuh. Hasil pengiraan DRCA bagi setiap ahli negara RCEP telah ditumpukan kepada dua kedudukan iaitu ��Ketinggalan Peluang�� dan ��Lambat Berundur�� kerana kedua-dua sektor ini terkait rapat dengan pengagihan semua sumber. Beberapa cadangan dikemukakan berdasarkan dapatan yang telah diperoleh dalam kajian ini. Nilai purata AVE bagi PBT yang lebih tinggi berbanding tarif menunjukkan bahawa kebergantungan pembuat dasar kepada kadar tarif sahaja sebagai kayu ukur darjah liberalisasi perdagangan merupakan langkah yang kurang tepat. Justeru, dalam pembentukan dasar berkaitan perdagangan antarabangsa, pembuat dasar setiap ahli negara RCEP harus beralih kepada pemboleh ubah yang lebih inklusif seperti ATRI. Implikasi PBT teknikal dan bukan teknikal yang tinggi membuka ruang penambahbaikan untuk pembuat dasar di kalangan negara angota. Bagi mengurangkan kos implementasi yang tinggi daripada pelaksanaan PBT, pembuat dasar bagi setiap ahli RCEP harus memastikan terdapat harmonisasi dalam pelaksanaan PBT antara negara ahli. Hasil kajian membuktikan terdapat perubahan faedah berbanding selepas pelaksanaan FTA. Justeru, ahli negara RCEP harus memastikan pengagihan semula sumber dapat dirancang dan dijalankan lebih awal bagi mengelakkan kerugian dalam ekonomi dan memastikan semua pihak memperoleh manfaat daripada pelaksanaan RCEP tersebut.,Ph.D | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) | |
dc.subject | Perdagangan | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.title | Analisis halangan dan potensi perdagangan dalam Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) | |
dc.type | Theses | |
dc.format.pages | 175 | |
Appears in Collections: | Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124032+SOURCE1+SOURCE1.1.PDF Restricted Access | 3.3 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.