Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485760
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorNoorasiah Sulaiman, Assoc. Prof. Dr.
dc.contributor.authorBawani Lelchumanan (P92721)
dc.date.accessioned2023-10-10T09:05:45Z-
dc.date.available2023-10-10T09:05:45Z-
dc.date.issued2021-09-02
dc.identifier.otherukmvital:122421
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485760-
dc.descriptionIsu lambakan pekerja asing berkemahiran rendah dan impaknya terhadap ekonomi sering dibahaskan. Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK11) 2016-2020 dan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 turut menekankan strategi untuk menambah baik pengurusan pekerja asing di Malaysia. Pergantungan terhadap pekerja asing semakin meningkat, sejajar dengan peningkatan permintaan daripada majikan. Justeru itu, pengambilan buruh asing berasaskan keperluan bagi memenuhi tenaga kerja di sektor-sektor ekonomi memerlukan analisis dasar yang lebih komprehensif dan menyeluruh.Objektif umum kajian ini adalah menganalisis kesan perubahan dasar pengambilan dan pengurusan pekerja asing terhadap prestasi makroekonomi, output industri dan pasaran buruh (guna tenaga dan produktiviti) Malaysia. Objektif khusus kajian terdiri daripada lima objektif. Pertama, membangunkan model MAGE, satu model keseimbangan umum (CGE) menggunakan data utama, iaitu Jadual Input-Output Malaysia 2015, maklumat pasaran buruh, kadar levi dan upah minimum. Analisis kajian ini mencerakinkan tenaga kerja mengikut pekerja tempatan dan pekerja asing, spesifik kepada tahap pekerjaan dan tahap kemahiran. Kedua, mengkaji kesan pengurangan kuota pengambilan dan pekerjaan. Ketiga, menganalisis kesan peningkatan kadar levi mengikut industri; Keempat, kesan peningkatan Perintah Gaji Minimum. Akhir sekali, objektif kelima menentukan mekanisma yang paling efisien dan efektif untuk mengurangkan pergantungan dan mengurus pekerja asing berkemahiran rendah tanpa menjejaskan ekonomi Malaysia. Dapatan kajian kedua menunjukkan pengurangan kesan kuota kemasukan dan pekerjaan telah menjejaskan pertumbuhan ekonomi, output dan produktiviti sektor pertanian dan pembinaan. Selanjutnya, kesan peningkatan kadar levi mengikut industri mengurangkan penyertaan buruh asing berkemahiran rendah dan meningkatkan pertumbuhan ekonomi, output industri dan produktiviti tenaga kerja. Dapatan bagi Perintah Gaji Minimum menunjukkan penurunan pada kadar penyertaan pekerja asing yang signifikan dan berupaya untuk meningkatkan pertumbuhan ekonomi, output sektor pembuatan dan perkhidmatan, di samping meningkatkan penyertaan tenaga kerja mahir dan separa mahir. Oleh yang demikian, perubahan mekanisma harga, iaitu levi adalah dasar yang paling efisien dan efektif dalam mengurus pengambilan dan pekerjaan pekerja asing di negara ini, khususnya bagi industri berintensif buruh. Pelaksanaan kuota dapat mengurangkan pekerja asing, namun perlu fokus kepada keperluan pekerja asing juga bagi industri berintensif tenaga buruh. Kajian tesis ini mencadangkan bahawa peningkatan pada kadar levi dan upah minimum sebagai mekanisma harga yang mempengaruhi permintaan buruh di pasaran, dijangka dapat menyokong usaha kerajaan untuk mengurangkan pekerja asing berkemahiran rendah ini, di samping dapat meningkatkan produktiviti pekerja. Berasaskan mekanisma harga (levi dan Perintah Gaji Minimum) dan penguatkuasaan yang lebih teratur, dasar pengambilan dan pengurusan buruh asing mampu menjadi lebih efisien dan efektif. Pengurangan pekerja asing dan peningkatan penglibatan pekerja tempatan mampu meningkatkan produktiviti dan berupaya mencapai pertumbuhan inklusif, terutama dalam menghadapi cabaran Industri 4.0, sejajar dengan matlamat Wawasan Kemakmuran Bersama 2030.,Ph.D
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan
dc.rightsUKM
dc.subjectPekerja asing
dc.subjectEkonomi -- Malaysia
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.titleImpak perubahan dasar pengambilan dan pengurusan pekerja asing terhadap prestasi ekonomi Malaysia: analisis keseimbangan umum (CGE)
dc.typeTheses
dc.format.pages362
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_122421+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
3.86 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.