Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485748
Title: Gelagat pelaburan firma di bawah pasaran modal tak sempurna dan ketakpastian
Authors: Ismadi Ismail (P28848 )
Supervisor: Abdul Ghafar Ismail, Prof. Dr
Keywords: Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Investments
Capital market.
Issue Date: 8-Feb-2013
Description: Kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji gelagat pelaburan firma dalam pasaran modal yang tak sempurna di bawah ketakpastian. Kerangka teoretikal kewangan menyatakan ketaksempurnaan pasaran modal boleh menyebabkan perbezaan kos dalam pembiayaan pelaburan antara sumber dana dalaman dan sumber dana luaran. Firma berhadapan dengan kekangan kewangan lebih cenderung untuk membiayai pelaburan melalui sumber dana dalaman yang lebih murah berbanding dengan sumber dana luaran. Sebaliknya rangka kerja teoretikal pelaburan-ketakpastian tidak mempunyai kesepakatan dari segi arah hubungan ketakpastian dan pelaburan. Isu ini ditinggalkan sebagai persoalan empirikal. Oleh itu kajian ini akan memeriksa impak kehadiran kekangan kewangan berikutan dari ketaksempurnaan pasaran modal dan menganalisis impak ketakpastian terhadap perbelanjaan pelaburan firma dengan menjanakan siri ketakpastian menggunakan model Exponential Generalized Autoregressive Conditional Hetroscedasticity (E-GARCH). Data panel firma pembuatan yang tersenarai di Bursa Malaysia untuk tempoh masa 2001-2010 digunakan untuk menganggar model pelaburan Q dengan beberapa spesifikasi berbeza. Terdapat 3 kaedah penganggaran ekonometrik yang telah diaplikasikan iaitu kaedah kuasa dua terkecil biasa (OLS), Generalized Method of Moment (GMM) sama ada dalam bezaan dan GMM-sistem. Keputusan penganggaran secara umumnya menunjukkan kekangan kewangan adalah faktor yang signifikan dalam perbelanjaan pelaburan firma pembuatan Malaysia. Saiz firma yang berbeza mempunyai pergantungan terhadap sumber pembiayaan dalaman yang berbeza. Ketakpastian pula merupakan elemen penting dalam menentukan perbelanjaan pelaburan dan impaknya ke atas pelaburan adalah secara negatif. Dapatan ini mencadangkan gelagat firma lebih cenderung kepada pengelak risiko. Kesan ketakpastian terhadap pelaburan adalah lebih dominan berbanding dengan variabel pada paras. Dengan bukti empirikal pada peringkat firma, kajian ini dapat menyumbangkan kepada kefahaman yang lebih baik tentang gelagat pelaburan di Malaysia dan mencadangkan beberapa saranan dasar yang relevan.,Tesis ini tiada Perakuan Tesis Doktor Falsafah ,Ph.D
Pages: 140
Call Number: HG4514.I846
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Faculty of Economy and Management / Fakulti Ekonomi dan Pengurusan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_120454+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
17.06 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.