Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485652
Title: Praktis dan kesan de-eskalasi awal antibiotik dalam rawatan sepsis awal neonat dan pembangunan skor peramal
Supervisor: Noraida Mohamed Shah, Dr.
Keywords: Anti-Bacterial Agents
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 15-Aug-2020
Description: Pengurusan sepsis awal neonat masih merupakan cabaran utama disebabkan oleh tempoh rawatan antibiotik empirik yang berpanjangan yang memberi kesan buruk serta meningkatkan kadar rintangan terhadap antimikrobial. Kaedah de-eskalasi awal antibiotik dalam tempoh 72 jam dilihat mampu untuk mengurangkan beban masalah ini. Objektif umum kajian ini adalah untuk menilai impak de-eskalasi antibiotik terhadap hasil klinikal dan ekonomi serta membangunkan skor ramalan praktis deeskalasi bagi rawatan sepsis awal neonat. Kajian pertama melibatkan gambaran keseluruhan pengurusan sepsis awal neonat di Malaysia dari perspektif ahli farmasi unit rawatan rapi neonat (NICU). Satu tinjauan dijalankan ke atas 39 ahli farmasi NICU dari 39 buah hospital di seluruh Malaysia. Hasil tinjauan mendapati kadar kecenderungan praktis de-eskalasi bagi kes sepsis awal neonat berisiko rendah dan tinggi masing-masing 22 (59%) dan 17 (46%). Praktis ini tiada perkaitan yang signifikan dengan kehadiran pakar perunding mahupun jenis hospital (p > 0.05). Kajian selanjutnya adalah kajian prospektif ke atas neonat dengan sepsis awal di tiga hospital di Lembah Klang. Sejumlah 1189 neonat disaring dan 713 (60%) merupakan neonat yang menerima rawatan antibiotik dalam tempoh 72 jam. Kepelbagaian dalam prevalens praktis de-eskalasi dapat dilihat di antara tiga hospital (17% di dua hospital berbanding 98% di satu hospital). Seterusnya, untuk analisa impak klinikal dan ekonomi, kes-kes dipadankan mengikut umur kehamilan dan berat lahir untuk perbandingan kumpulan dengan de-eskalasi dan tanpa de-eskalasi dan hasilnya, 262 pasang padanan kes dikenalpasti. Tempoh untuk mencapai kejayaan rawatan adalah jauh lebih pendek di kalangan neonat dengan praktis dengan de-eskalasi berbanding tanpa de-eskalasi (median 3 hari berbanding 5 hari, p < 0.05). Walau bagaimanapun, kedua-dua kumpulan tidak menujukkan perbezaan yang signifikan terhadap kadar kegagalan rawatan (p = 0.742) serta kematian dalam tempoh 28 hari (p = 0.052). Analisa keberkesanan kos pula menunjukkan kadar kos menghampiri RM 200 sehari yang dijimatkan untuk seorang pesakit bagi kumpulan de-eskalasi untuk menerima rawatan optima berbanding kumpulan tidak de-eskalasi. Kajian terakhir dijalankan untuk membangunkan skor ramalan praktis de-eskalasi di kalangan kes sepadan (n = 524) dengan menggunakan kaedah analisa receiver operating characteristic (ROC). Model pembangunan menggunakan 2/3 data kajian (n = 350) dan model validasi menggunakan 1/3 data kajian (n = 174). Peramal-peramal yang dikenalpasti (dengan skor) adalah: umur ibu < 35 tahun (skor = 1), kelahiran pembedahan (skor = 1), tiada risiko ibu demam (skor=1), tidak menerima surfaktan (skor = 1), tiada resesi (skor = 1), dan paras C-reactive protein normal (skor = 2) (jumlah skor = 7, trade-off point = 3.5). Keluasan ROC menggunakan skor janaan pekali beta didapati kurang tepat bagi model pembangunan dan validasi: 0.628 (95% CI: 0.57, 0.69; p < 0.001); 0.548 (95% CI: 0.46, 0.63; p = 0.270) tetapi tiada perbezaan yang signifikan (p: 0.321, nilai-Z: 0.993, ralat piawai: 0.081). Walau bagaimanapun, keluasan ROC menggunakan fungsi logit adalah lebih tepat bagi model pembangunan dan validasi: 0.723 (95% CI: 0.67,0.78; p < 0.001); 0.713 (95% CI: 0.62, 0.80; p < 0.001) dan tiada perbezaan yang signifikan (p: 0.891, nilai-Z: 0.138, ralat piawai: 0.073). Secara keseluruhannya, praktis de-eskalasi untuk sepsis awal neonat harus digalakkan kerana hasil klinikal dan ekonomi yang positif. Kajian lanjut diperlukan untuk membangunkan model penskoran untuk kegunaan klinikal.,Ijazah Doktor Falsafah
Pages: 219
Call Number: 9 Tesis QV350.N335p 2020
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118648+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.43 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.