Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485647
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorMohd Bin Makmor Bakry, Prof. Madya Dr.
dc.date.accessioned2023-10-10T08:28:41Z-
dc.date.available2023-10-10T08:28:41Z-
dc.date.issued2019-07-24
dc.identifier.otherukmvital:118180
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485647-
dc.descriptionEpilepsi adalah salah satu keadaan neurologikal serius yang lazim berlaku. Ubat antiepileptik (AED) di pasaran hanya menghalang serangan sawan dan bukan merawat patogenesis epilepsi. Isu kesan sampingan, farmakoresistan dan penyakit komorbid memerlukan penemuan agen epileptogenik yang baharu dan selamat untuk merawat epilepsi. Kajian ini mengenalpasti kesan pemberian profilaksis kurkumin ke atas tingkah laku mencit epileptik dan tapak jalan molekular antiepileptogenesis yang terlibat. Projek pertama adalah mengenalpasti dos optimum asid kainik (KA) untuk mengaruh status epileptikus (SE) dan memastikan mencit hidup sekurang-kurangnya tiga hari. Dos optimum yang ditentukan untuk menghasilkan sawan umum berterusan adalah 30 mg/kg. Projek kedua menilai tingkah laku keresahan dan fungsi kognitif mencit epileptik. Tingkah laku mencit dikaji dengan melakukan ujian kawasan terbuka (OFT), ujian kotak cerah/gelap (LDT) dan ujian pengenalpastian novel (NOR) untuk melihat perubahan kerosakan memori dan tingkah laku bercirikan keresahan. Mencit dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu 1) Kumpulan kawalan; mencit diaruh air salina dan dirawat dengan dimetil sulfoksida (DMSO) selama 7 hari; 2) Kumpulan ujian tanpa profilaksis; mencit diaruh oleh KA dan dirawat dengan DMSO selama 7 hari dan 3) Kumpulan ujian dengan profilaksis; mencit diaruh dengan KA dan dirawat dengan kurkumin 200 mg/kg selama 7 hari. Kadar kejayaan untuk mencapai SE dalam kumpulan ujian tanpa profilaksis dan kumpulan ujian dengan profilaksis masingmasing adalah 67% dan 58% dan kadar kematian adalah 8.3% dan 16.7% masingmasing. Kurkumin profilaksis tidak mengurangkan keresahan dan tidak meningkatkan memori mencit epileptik. Projek ketiga mengenalpasti tapak jalan biokimia dan gen-gen kurkumin yang berperanan dalam epileptogenesis melalui analisis bioinformatik. Peningkatan ekspresi gen Ncstn, Gabarap, Slcla3, Grina dan Ube2r2 berperanan dalam kehilangan sel, neurotransmisi glutamatergik, modulasi ion kalsium dan perencatan dopaminergik. Kajian ini mendapati tapak jalan kitaran sel, isyarat sel dan akitiviti oksidoreduktase lebih dominan diekspres oleh KA. Selain itu, tapak jalan kematian sel, saluran ion dan pengangkutan juga terlibat semasa epileptogenesis. Kajian ini mencadangkan profilaksis kurkumin bertindak sebagai antiepileptogenesis melalui tindakan antioksidan dalam modulasi tekanan oksidatif dan penurunan glutation dalam model epilepsi diaruh kainat. Kesimpulannya, profilaksis kurkumin mempengaruhi ekspresi gen berkaitan epileptogenesis tetapi tiada kesan ke atas tingkah laku. Peranan kurkumin dalam pengawalaturan ekspresi gen dalam otak epileptik ini boleh dijadikan permulaan dalam kajian tapak jalan molekular untuk mengenalpasti agen epileptogenik yang lain pada masa akan datang.,Ijazah Doktor Falsafah
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Kuala Lumpur
dc.relationFaculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi
dc.rightsUKM
dc.subjectProfilaksis Kurkumin
dc.subjectEpileptogenesis
dc.subjectPharmacology
dc.titleKesan profilaksis kurkumin ke atas tingkah laku dan epileptogenesis pada mencit status epileptikus diaruh kainat
dc.typeTheses
dc.format.pages271
dc.identifier.callno9 Tesis QV20.5.N974k 2019
Appears in Collections:Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_118180+Source01+Source010.PDF
  Restricted Access
3.23 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.