Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485631
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Mohd Cairul Mohd Amin, Prof. | - |
dc.contributor.author | Najwa binti Mohamad (P69353) | - |
dc.date.accessioned | 2023-10-10T08:28:35Z | - |
dc.date.available | 2023-10-10T08:28:35Z | - |
dc.date.issued | 2017-11-17 | - |
dc.identifier.other | ukmvital:98536 | - |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485631 | - |
dc.description | Kulit adalah salah satu organ yang terbaik untuk mengkaji mekanisme tindak balas kerosakan dan penyembuhan tisu. Mengelakkan infeksi ketika luka dan mengekalkan tahap kelembapan adalah cabaran utama dalam pengurusan penjagaan luka. Dalam prospek ini, penggunaan hidrogel berasaskan selulosa untuk bahan dresing luka telah mendapat perhatian kerana sifat kebioserasiannya. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan mencirikan hidrogel yang disintesis dari alur elektron (EB) yang terdiri daripada selulosa bakteria (BC) dan asid akrilik (AA) sebagai bahan penyembuhan luka. Hidrogel telah dicirikan berdasarkan ciri fizikal, in-vitro (keserasian darah dan sitotoksisiti) dan kebioserasian in-vivo (iritasi dan pemekaan kulit). Peningkatan kandungan AA dan dos penyinaran meningkatkan ketebalan, ketumpatan pindah silang dan menambahbaik ciri-ciri mekanikal hidrogel. Ujian iritasi dan pemekaan kulit menunjukkan bahawa hidrogel tidak memberikan kesan iritasi dan alergik. Hidrogel didapati tidak toksik kepada sel kulit fibroblas manusia primer dengan kebolehidupan >88% dan didapati serasi dengan darah dengan indeks hemolitik yang rendah (0.80–1.30%). Secara keseluruhan, hasil kajian ini menunjukkan bahawa hidrogel ini mempunyai potensi untuk digunakan sebagai dresing luka. Bagi penilaian lebih lanjut, kajian ini mencirikan dan membandingkan formulasi hidrogel yang mengandungi kepekatan BC/ AA yang sama tetapi dos sinaran yang berbeza (H4635 dan H4650) untuk mengkaji potensi penyembuhan luka hidrogel ini. Hidrogel telah dicirikan oleh pengimbasan mikroskopi elektron (SEM), kekuatan tegangan, kedayaserapan air dan kadar transmisi wap air (WVTR). Sitotoksisiti hidrogel di kaji pada sel fibroblas L929. Iritasi kulit dan sifat-sifat penyembuhan luka oleh H4635 telah dinilai pada tikus Sprague-Dawley. Hidrogel mempunyai struktur rangkaian makroporus dan nisbah pengembungan yang tinggi (4000-6000% pada 24 jam). Hidrogel H45635 adalah tidak toksik dalam asai kebolehidupan sel. Kajian in-vivo menunjukkan bahawa hidrogel mengalakkan penyembuhan luka yang cepat, meningkatkan epitelialisasi dan meningkatkan proliferasi fibroblas berbanding kumpulan kawalan. Bagi menilai kesan hidrogel sebagai penghantar agen antiseptik, hidrogel dimuatkan dengan oktenidin (OCT), dan profil pelepasan in-vitro di kaji. Kesan penyembuhan luka oleh hidrogel dimuatkan OCT telah dinilai melalui kajian antimikrob, sitotoksisiti pada kepekatan OCT yang berbeza dan kesan penyembuhan luka H4635 dimuatkan OCT di dalam model haiwan. Kecekapan pemerangkapan (EE) OCT dalam hidrogel adalah sehingga 76- 86%. Pelepasan kumulatif adalah lebih tinggi dalam H4635 (73%) berbanding H4650 (63%). Kesan potensi penyembuhan luka H4635 dimuatkan OCT mempunyai potensi penyembuhan luka yang lebih baik berbanding kumpulan yang tidak dirawat dan rawatan H4635. Hidrogel menunjukkan keupayaan untuk mencegah infeksi luka dan meningkatkan kadar penyembuhan luka. Akhirnya, kesan hidrogel dalam sistem penghantaran sel dinilai, hidrogel dimuatkan dengan sel keratinosit dan fibroblas dan kajian in-vitro (pelekatan sel, migrasi sel dan pemindahan sel) dan kajian in-vivo di kaji dalam mencit atimik. Hasil kajian menunjukkan hidrogel mengalakkan pelekatan sel (80% dalam 4 jam) dan meningkatkan penyembuhan luka secara signifikan pada hari ke-7 dalam kumpulan hidrogel + sel (0.67 ± 0.05 cm) berbanding kumpulan kawalan. Kesimpulannya, pendekatan kajian ini boleh memberikan cahaya baru pada hidrogel BC/AA yang dijanjikan mempunyai potensi dalam aplikasi dresing luka.,Ijazah Doktor Falsafah | - |
dc.language.iso | may | - |
dc.publisher | UKM, Kuala Lumpur | - |
dc.relation | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi | - |
dc.rights | UKM | - |
dc.subject | Kulit | - |
dc.subject | Tisu | - |
dc.subject | Luka | - |
dc.subject | Selulosa | - |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | - |
dc.title | Hidrogel selulosa bakteria/akrilik asid di sintesis dengan iradiasi sinar elektron sebagai rawatan luka terbakar | - |
dc.type | Theses | - |
dc.format.pages | 245 | - |
dc.identifier.callno | QV20.5.N162h 2017 9 | - |
Appears in Collections: | Faculty of Pharmacy / Fakulti Farmasi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_98536+Source01+Source010.PDF Restricted Access | 421.34 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.