Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/485435
Title: Kesan sarang burung walit dalam sel terbitan kanser payudara manusia MCF-7
Authors: Lelia Tay Sze Yee (P68810)
Supervisor: Chua Kien Hui, Prof. Madya. Dr.
Keywords: Neoplasms -- prevention & control
Food
Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
Dissertations, Academic -- Malaysia
Issue Date: 19-Jan-2018
Abstract: Sarang burung walit (EBN) telah lama digunakan dalam bidang pemakanan dan perubatan dalam golongan Cina kerana peranannya dalam penambahbaikan kesihatan badan. Walau bagaimanapun, terdapat kekurangan laporan saintifik dalam meneliti sifat anti-kanser EBN. Kandungan tinggi glikoprotein dalam EBN mungkin berperanan dalam rencatan pertumbuhan sel kanser dan aruhan apoptosis padanya. Dengan itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji sama ada EBN terlibat dalam aruhan apoptosis dan rencatan pertumbuhan sel kanser payudara MCF-7 serta meneliti mekanisme yang bertanggungjawab. Morfologi sel, viabiliti sel, pertumbuhan sel, aktiviti kaspase 3/7, potensi membran mitokondria, profil ekspresi gen dan protein pengawalatur apoptosis serta protein pengawalatur pengisyaratan awal apoptosis telah dilakukan pada sel MCF-7 dirawat EBN. EBN mengaruhkan kesan sitotoksik yang signifikan dengan adanya indeks pemilihan tinggi pada sel kanser payudara MCF-7 berbanding dengan sel normal. Suplementasi EBN juga memberi kesan anti proliferatif yang ketara dengan adanya rencatan pelekatan dan pertumbuhan sel MCF-7. Aruhan apoptosis EBN pada sel MCF-7 melalui perantaraan mitokondria telah dikenalpasti dengan pengaktifan kaspase 7 dan 9, modulasi potensi membran mitokondria serta peningkatan ekspresi gen pro-apoptotik dan penurunan ekspresi gen anti-apoptotik. Rawatan kombinasi EBN dengan dadah kemoterapeutik iaitu tamoxifen mencapai kesan sinergistik bagi sitotoksiksiti dan rencatan pertumbuhan sel MCF-7 walaupun penggunaan tamoxifen pada dos rendah. Berbanding dengan tamoxifen, EBN mampu mengaruh kesan sitotoksik dengan selektiviti indeks yang lebih tinggi pada sel kanser. Suplementasi EBN juga meningkatkan tahap apoptosis yang lebih ketara pada sel MCF-7 rawatan tamoxifen. Mekanisme yang terlibat bagi kesan anti-proliferatif dan aruhan apoptosis perantaraan mitokondria EBN berkait rapat dengan status pemfosforilan p53, BCL2, JNK, P38 dan AKT. Interaksi antara p53 dengan tapak jalan pengisyaratan MAPK (JNK, P38) dan P13K AKT mungkin bertanggungjawab untuk kesan anti-kanser EBN pada sel MCF-7 yang kekurangan kaspase 3.
Pages: 58
Publisher: UKM, Kuala Lumpur
Appears in Collections:Faculty of Medicine / Fakulti Perubatan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
Kesan sarang burung walit dalam sel terbitan kanser payudara manusia MCF-7.pdf
  Restricted Access
Partial805.81 kBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.