Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/479917
Title: Pembelajaran Bahasa Arab secara atas talian dengan menggunakan laman web Funarabic
Authors: Nor Amalina bt. Rusli (P57947 )
Supervisor: Ahmad Rafizi bin Salleh, Encik
Keywords: Bahasa Arab
Funarabic
Issue Date: 20-Jun-2014
Description: Proses pembelajaran melalui komputer merupakan satu medium yang penting dalam perkembangan teknologi maklumat hari ini. Kemudahan teknologi Internet telah memberi impak yang begitu besar dalam aspek pendidikan Negara. Keperluan kepada sistem pendidikan secara atas talian semakin meningkat dan memerlukan pembangunan yang sewajarnya bagi menampung permintaan masyarakat. Hal ini tidak ketinggalan dalam proses pembelajaran bahasa Arab yang mula mendapat tempat di kalangan pelajar di Malaysia. Rentetan itu, satu kajian telah dijalankan dengan membina laman web pembelajaran bahasa Arab iaitu FunArabic.webnode.com khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah. Seramai 114 orang pelajar dari dua buah sekolah iaitu Sekolah Alam Shah, Putrajaya dan Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya telah terlibat dalam kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk melihat kecenderungan pelajar untuk mempelajari bahasa Arab dengan menggunakan laman web FunArabic. Selain itu, kajian ini juga adalah untuk melihatsejauhmana tahap penggunaan Internet pelajar dan kekangan penggunaannya. Objektif terkahir kajian ini adalah untuk melihat keberkesanan laman web FunArabic (funarabic.webnode.com) terhadap pelajar. Keputusan kajian menunjukkan tahap penerimaan pelajar terhadap komputer dan Internet adalah sangat baik dengan nilai min sebanyak 3.91. ,Master/Sarjana
Pages: 207
Publisher: UKM, Bangi
Appears in Collections:Institute of Malaysian and International Studies / Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS)

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_76395+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
5.89 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.