Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476666
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Lam Meng Chun, Dr. | |
dc.contributor.author | Rasyida Zainun (P87565) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:23:37Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:23:37Z | - |
dc.date.issued | 2020-11-09 | |
dc.identifier.other | ukmvital:124897 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476666 | - |
dc.description | Remote Envenomation Consultation Service (RECS) merupakan sebuah persatuan yang memberi khidmat konsultasi secara jarak jauh dalam menguruskan kes berkaitan gigitan haiwan beracun (envenomasi). Teknologi mudah alih dipercayai dapat membantu dalam konsultasi secara jarak jauh dan dinamik. Walau pun teknologi mudah alih terkenal dengan kelebihan dari segi mobiliti dan fleksibiliti, namun ia juga mempunyai beberapa kekangan. Oleh itu, pembangunan aplikasi mudah alih yang berkualiti perlu mengambil kira faktor pengalaman pengguna. Beberapa model pengalaman pengguna telah diperkenalkan oleh pengkaji terdahulu seperti model Honeycomb, model Pragmatik dan Hedonik Hassenzahl dan model Rangka Kerja Awal Mudah Alih. Namun model-model tersebut mencadangkan faktor secara umum sahaja bagi mengukur kualiti sesebuah aplikasi. Penyelidikan model pengalaman pengguna bagi kes aplikasi yang mempunyai fungsi konsultasi secara jauh serta keupayaan sokongan keputusan masih kurang. Sehubungan itu, matlamat penyelidikan ini adalah untuk membangunkan sebuah model pengalaman pengguna bagi kes Aplikasi Mudah Alih Konsultasi Envenomasi Jarak Jauh dengan Keupayaan Sokongan Keputusan (MyRECS). Model pengalaman pengguna ini dibina dengan mengenal pasti faktor pengalaman pengguna yang akan mempengaruhi pengalaman dan perasaan pengguna ketika berinteraksi dengan MyRECS. Ia dirangka berdasarkan dapatan daripada kajian terdahulu, adaptasi Model Pengalaman Pengguna Hedonik Dan Pragmatik Hassenzahl serta pemetaan keserasian faktor daripada penyelidikan kebolehgunaan atau pengalaman pengguna yang lepas dengan keperluan fungsi aplikasi MyRECS. Keperluan fungsi MyRECS diperolehi melalui kajian keperluan bisnes menggunakan teknik temu bual dan perbincangan bersama pakar RECS. Seterusnya dapatan daripada kajian keperluan dianalisis bagi mengenal pasti keperluan sebenar aplikasi. Model pengalaman pengguna yang telah dibangunkan, disahkan melalui teknik penilaian pakar menggunakan prototaip berketepatan rendah yang dibina. Hasil pengesahan menunjukkan sembilan faktor pengalaman pengguna telah dipilih iaitu kebergunaan, keberkesanan, kecekapan, mudah digunakan, konsistensi, mudah dipelajari, estetik, kebolehpercayaan dan stimulasi untuk membentuk model akhir MyRECS. Model akhir MyRECS yang telah disahkan dijadikan panduan untuk pembangunan prototaip berketepatan tinggi. Prototaip berketepatan tinggi dinilai untuk mengukur tahap kualiti pengalaman pengguna. Hasil penilaian menunjukkan tahap pengalaman pengguna adalah positif serta dibuktikan oleh maklum balas responden yang berpendapat proses konsultasi menggunakan aplikasi MyRECS adalah lebih pantas, komunikasi lebih mudah, memudahkan capaian kepada pakar dan lain-lain pendapat yang positif. Sumbangan utama kajian ini ialah sebuah model pengalaman pengguna bagi MyRECS yang memberi manfaat kepada bidang perubatan berkaitan kes organisma beracun dan dapat digunakan sebagai garis panduan dalam pembangunan aplikasi mudah alih khususnya konsultasi kesihatan secara jarak jauh.,Sarjana Sains | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Envenomasi | |
dc.subject | Aplikasi mudah alih | |
dc.subject | Konsultasi jarak jauh | |
dc.title | Model pengalaman pengguna untuk MyRECS - aplikasi mudah alih konsultasi envenomasi jarak jauh dengan keupayaan sokongan keputusan | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 248 | |
dc.identifier.barcode | 005834(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_124897+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 886.81 kB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.