Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476653
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorAzizi Abdullah, Prof. Madya Ts. Dr.
dc.contributor.authorIzwan Azmi (P73064)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:23:20Z-
dc.date.available2023-10-06T09:23:20Z-
dc.date.issued2020-02-12
dc.identifier.otherukmvital:123670
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476653-
dc.descriptionPengesanan titik penting dan pemerihalnya adalah dua aspek kritis pemadanan titik penting tempatan yang penting dalam beberapa penglihatan komputer dan aplikasi pengecaman corak. Pendekatan semasa bergantung sepenuhnya kepada anggaran odometri robot yang telah ditentukan pada robot. Walau bagaimanapun, pendekatan ini seperti tidak boleh dipercayai untuk mengesan penutupan gelung dengan tepat atas beberapa faktor dan ini membawa kepada pengesanan titik penting pada imej menjadi lebih banyak digunakan. Kajian ini mengambil pendekatan untuk meningkatkan pengesan titik penting dengan menggunakan kaedah pemetakan tetap. Kajian ini mencadangkan pemetakan tetap sebagai pengesan untuk algoritma pengesanan penutupan gelung untuk meningkatkan ketepatan lokasi pada robot mudah alih. Penutupan gelung ditakrifkan sebagai robot telah kembali ke lokasi yang telah dikunjungi sebelumnya. Kelebihan utama kaedah ini kerana ia mengambil kira keseluruhan pemandangan latar belakang dalam imej berbanding dengan teknik SURF di mana ia memberi tumpuan kepada beberapa titik penting yang berada pada latar depan imej. Dengan ini, pemandangan seperti dalam bangunan yang mempunyai lebih banyak tekstur berbanding ciri penting mempunyai maklumat yang cukup untuk melakukan pengecaman. Pada mulanya algoritma akan memberikan imej pemandangan kepada pengesan pemetakan tetap, petak akan dibina berdasarkan bilangan titik maksimum dan akan memposisikan dan mengubah saiznya menjadi sama. Kemudian, berdasarkan vektor titik utama yang dihasilkan, penerang vektor akan dikira dari itu. Eksperimen pertama dilakukan pada empat data penutupan gelung yang mengandungi pemandangan dalam dan luar bangunan dengan skor F1 maksimum 36.05 % berbanding skor F1 maksimum 32 % pada kaedah sedia ada pada dataset Lip6 Indoor. Keputusan eksperimen menunjukkan bahawa kaedah yang dicadangkan dapat mengurangkan tahap kerumitan proses pengesanan titik penting bahkan mengatasi kaedah yang sedia ada berkenaan dengan ketepatan. Cadangan menggunakan pemerihal ciri MPEG-7 dalam kajian lanjutan boleh digunakan bagi pengkaji yang ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang.,Sarjana Teknologi Maklumat
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectPengesanan titik
dc.subjectPemetakan tetap
dc.subjectGelung
dc.titlePengecaman penutupan gelung dalam slam menggunakan pemetakan tetap
dc.typetheses
dc.format.pages141
dc.identifier.barcode005803(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123670+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.41 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.