Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476647
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.advisor | Haslina Arshad, Prof Dr. | |
dc.contributor.author | Saidatul A'isyah Ahmad Shukri (P84219) | |
dc.date.accessioned | 2023-10-06T09:23:12Z | - |
dc.date.available | 2023-10-06T09:23:12Z | - |
dc.date.issued | 2019-05-08 | |
dc.identifier.other | ukmvital:123504 | |
dc.identifier.uri | https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476647 | - |
dc.description | Penyediaan garis panduan yang menyeluruh akan menghasilkan satu reka bentuk aplikasi yang baik serta dapat mempengaruhi kepuasan pengguna yang menggunakan sesebuah aplikasi. Kepuasan pengguna diukur dari segi penerimaan, kepuasan hati dan emosi pengguna untuk mengenali budaya di kawasan pelancongan di Malaysia. Terdapat beberapa garis panduan yang telah mencadang elemen dan kaedah reka bentuk antara muka pengguna tetapi ianya terlalu umum dan terpencil. Akibatnya pengguna tidak mendapat pengalaman yang baik kerana aplikasi dibangunkan menggunakan panduan yang tidak mengambil kira konsep pengalaman pengguna (UX) dalam aplikasi mudah alih Augmentasi Realiti (MAR). Kajian ini membandingkan garis panduan berdasarkan prinsip reka bentuk HCI, dan UX untuk menghasilkan garis panduan mereka bentuk aplikasi MAR pelancongan melalui kajian lepas. Berdasarkan hasil kajian penyelidik Irshad & Rambli, maklum balas peserta terhadap pengalaman mereka dengan antara muka pengguna aplikasi AR berdasarkan elemen yang berkaitan pengalaman pengguna, dikira dalam formula sisihan piawai (SD). Keputusan yang tidak memuaskan (sisihan piawai kurang 0.8) dari segi penerimaan pengguna terhadap elemen antara muka (UI) telah dilaporkan. Elemen ini perlu ditambahbaik. Kajian ini bertujuan menghasilkan garis panduan aplikasi Augmentasi Realiti (AR) untuk pelancong di Malaysia yang mengandungi elemen konsep pengalaman pengguna berdasarkan elemen reka bentuk UI. Garis panduan ini dirangka berdasarkan gabungan kajian teoritikal dan empirikal iaitu hasil daripada kajian lepas dan juga hasil temu bual bersama pembangun aplikasi AR. Data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis kandungan. Untuk menguji kesesuaian garis panduan ini, prototaip dibangun dan dinilai oleh pakar bidang UX dan pakar domain AR. Hasil penilaian diguna untuk memperinci setiap elemen yang diterapkan di dalam garis panduan supaya menepati ciri UX berdasarkan elemen reka bentuk UI bagi aplikasi MAR. Elemen reka bentuk UI yang telah dikenalpasti yang bersesuaian dengan elemen reka bentuk antara muka aplikasi MAR pelancongan adalah paparan AR, model 3D, ikon dan butang menu dan animasi. Manakala, tiga elemen UX berjaya diterapkan ke dalam model pembangunan garis panduan selepas proses analisis kajian teoritikal dan empirikal dijalankan. Tiga elemen tersebut adalah informasi pengguna, emosi pengguna dan interaksi pengguna. Penilaian pengguna yang memberikan nilai “Gembira” dan “Setuju” dalam skala penilaian telah menunjukkan tahap kepuasan dan penerimaan pengguna yang menggunakan aplikasi yang dibina menggunakan garis panduan ini telah tercapai. Garis panduan ini boleh dijadikan panduan oleh pembangun aplikasi untuk mereka bentuk antara muka sistem mudah alih AR bagi meningkatkan pengalaman pengguna.,Sarjana Teknologi Maklumat | |
dc.language.iso | may | |
dc.publisher | UKM, Bangi | |
dc.relation | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat | |
dc.rights | UKM | |
dc.subject | Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations | |
dc.subject | Dissertations, Academic -- Malaysia | |
dc.subject | Augmentasi realiti | |
dc.subject | Aplikasi mudah alih | |
dc.subject | Pelancongan | |
dc.title | Garis panduan reka bentuk antara muka aplikasi mudah alih augmentasi realiti untuk sektor pelancongan berdasarkan pengalaman pengguna | |
dc.type | theses | |
dc.format.pages | 137 | |
dc.identifier.barcode | 005742(2021)(PL2) | |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_123504+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 2.19 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.