Please use this identifier to cite or link to this item: https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476642
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.advisorRosilah Hassan, Prof. Madya Dr.
dc.contributor.authorMohd Zaki Ibrahim (P82828)
dc.date.accessioned2023-10-06T09:23:05Z-
dc.date.available2023-10-06T09:23:05Z-
dc.date.issued2019-12-23
dc.identifier.otherukmvital:123373
dc.identifier.urihttps://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476642-
dc.descriptionInternet Benda merupakan salah satu daripada komponen yang penting di dalam revolusi industri 4.0. Bagi mengimplementasi Internet Benda di dalam sesebuah organisasi atau persekitaran, ia memerlukan kajian dan penelitian yang mendalam untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan baik. Di antara permasalahan kepada pengkomputeran pada masa kini adalah keperluan terhadap penggunaan kuasa yang tinggi serta penggunaan ruang dan perkakasan yang agak besar. Oleh itu, satu teknologi yang bersaiz kecil dan hanya memerlukan kuasa yang rendah untuk beroperasi adalah perlu dan inilah yang memotivasikan kajian ini dijalankan. Selain itu, kadar penggunaan kuasa elektrik yang tinggi di dalam persekitaran UKM terutamanya penggunaan kuasa elektrik di pusat data UKM juga telah mencetuskan untuk kajian ini dibuat. Keperluan terhadap satu mekanisma pemantauan komprehensif penggunaan kuasa elektrik adalah diperlukan untuk memantau penggunaan kuasa elektrik untuk sesebuah lokasi. Satu kajian telah di jalankan untuk mengkaji perlaksanaan mekanisma pemantauan penggunaan kuasa elektrik yang berasaskan Internet Benda di dalam persekitaran rangkaian UKM yang dikenali sebagai UKMNet. Demi menjayakan kajian ini dengan lebih realistik, satu tapak uji di bangunkan dengan menggunakan sebuah papan Arduino Uno sebagai perkakasan Internet Benda. Kemudian satu senario diwujudkan dengan menyambungkan papan Arduino Uno ini kepada empat pengesan suhu, arus dan voltan untuk membaca nilai suhu sekeliling, arus dan voltan yang melalui satu kabel elektrik. Setelah itu, nilai bacaan kepada parameter ini akan dihantar kepada papan Arduino Uno untuk mengira jumlah kuasa yang digunakan seterusnya nilai-nilai ini disimpan kepada pelayan. Bagi menguji prestasi sambungan di antara papan Arduino dan pelayan tersebut, perisian iPerf di gunakan. Metrik kepada pengujian prestasi yang dijalankan adalah kadar penghantaran data, ketaran (jitter) dan kehilangan paket data. Sebagai penemuan kepada kajian ini, kami mendapati Arduino Uno sesuai digunakan sebagai perkakasan Internet Benda untuk senario ini. Ini kerana kosnya yang murah serta mudah diperolehi. Selain itu, sumber kod arahan untuk mengoperasikan papan Arduino ini juga amat mudah diperolehi. Pengujian prestasi bagi papan Arduino yang disambungkan kepada UKMNet juga memenuhi keperluan untuk perlaksanaan Internet Benda di mana kadar penghantaran data adalah di antara 3.483 Mbps sehingga 3.563 Mbps. Nilai ketaran (jitter) bagi sambungan ini juga adalah rendah iaitu antara 1.80 milisaat hingga 1.85 milisaat manakala kadar kehilangan paket yang direkodkan pula adalah di bawah 1% iaitu 0% sehingga 0.59% untuk penghantaran data selama 10 saat. Kesimpulannya, Internet Benda dengan menggunakan Arduino Uno sebagai perkakasan Internet Benda sesuai dilaksanakan di dalam persekitaran UKMNet.,Sarjana Sains Komputer
dc.language.isomay
dc.publisherUKM, Bangi
dc.relationFaculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat
dc.rightsUKM
dc.subjectUniversiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations
dc.subjectDissertations, Academic -- Malaysia
dc.subjectInternet benda
dc.subjectKuasa elektrik
dc.subjectKaedah tapak uji
dc.titleImplementasi dan kajian prestasi bagi pemantauan penggunaan kuasa elektrik dengan kaedah tapak uji berasaskan internet benda di dalam persekitaran UKMNET
dc.typetheses
dc.format.pages145
dc.identifier.barcode005711(2021)(PL2)
Appears in Collections:Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
ukmvital_123373+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF
  Restricted Access
2.03 MBAdobe PDFThumbnail
View/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.