Please use this identifier to cite or link to this item:
https://ptsldigital.ukm.my/jspui/handle/123456789/476628
Title: | Teknik pengelasan dan penilaian struktur ayat bahasa Inggeris menggunakan FrameNet |
Authors: | Tengku Zatul Hidayah Tengku Petra (P47887) |
Supervisor: | Juzaiddin Ab. Aziz, Prof. Madya Dr. |
Keywords: | English language -- Writing English language -- Composition and exercises -- Evaluation English language -- Composition and exercises -- Data processing Management information systems -- Data processing Universiti Kebangsaan Malaysia -- Dissertations Dissertations, Academic -- Malaysia |
Issue Date: | 5-Jul-2012 |
Description: | Kajian dalam penulisan profesional di tempat kerja menunjukkan bahawa menulis dokumen bahasa Inggeris merupakan aktiviti yang kerap kali dilakukan dalam pelbagai profesion. Sesuatu dokumen itu pula mempunyai cara penulisannya yang tersendiri dari segi penggunaan bahasanya, format, susunan dan isi kandungan penulisan. Kajian ini adalah tertumpu kepada pembangunan alatan perisian yang dapat menyusun dan mengintegrasikan struktur ayat dalam dokumen dan seterusnya dapat menyelesaikan beberapa masalah komunikasi dalam penulisan. Ini adalah untuk memastikan dokumen mencapai tujuan penulisan dan mudah difahami oleh pembaca. Untuk mencapai tujuan ini, kajian terhadap genre penulisan dilakukan untuk mendapatkan langkah-langkah penulisan dokumen. Seterusnya, ayat-ayat dalam dokumen bahasa Inggeris dianalisis untuk melihat struktur ayat adalah betul berdasarkan langkah-langkah tersebut. Bahasa yang digunakan dalam dokumen tersebut juga diteliti. Untuk membandingkan struktur ayat yang ditulis dengan struktur penulisan sebenar, Sistem Penilaian Struktur Ayat dalam Dokumen Bahasa Inggeris (DOCC) telah dibangunkan untuk menguji ketepatan struktur ayat yang digunakan oleh penulis. Pembangunan DOCC ini adalah berdasarkan langkah-langkah penulisan dokumen dan kajian terhadap peranan tematik. Eksperimen terhadap Sistem Penilaian Struktur Ayat dalam dokumen bahasa Inggeris ini dilakukan menggunakan unit penilaian kejituan, dapatan semula dan skor-F. Keputusan pengukuran unit penilaian ini menunjukkan bahawa peratusan keberkesanan aplikasi ini adalah sebanyak 73.3% melalui penilaian keseluruhan atau skor-F bagi pengujian terhadap set data ujian. Hasil kajian mendapati bahawa Sistem Penilaian Struktur Ayat dalam dokumen bahasa Inggeris yang dibangunkan dapat menguji ketepatan struktur ayat yang digunakan oleh penulis dan seterusnya dapat membantu menyusun dan mengintegrasikan ayat-ayat tersebut.,Sarjana Teknologi Maklumat,Tesis ini tidak ada Perakuan Tesis Sarjana / Doktor Falsafah"" |
Pages: | 134 |
Call Number: | T58.5.T46 2012 3 tesis |
Publisher: | UKM, Bangi |
Appears in Collections: | Faculty of Information Science and Technology / Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
ukmvital_122175+SOURCE1+SOURCE1.0.PDF Restricted Access | 13.75 MB | Adobe PDF | View/Open |
Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.